Rekabentuk Senibina

Construction Week 1.0 (2014) Alfatihah Taman Mini Malaysia Cultural Park Putrajaya S11 House Ini adalah antara projek-projek terakhir pelajar yang mengambil kursus Rekabentuk Senibina bersama saya, sebelum kursus ini dijumudkan. Projek pelajar ini mendapat sokongan daripada pihak luar sebagai peruntukan hadiah para pemenang. Para pelajar juga turut mengadakan lawatan tapak ke Melaka, Putrajaya dan Shah …

Rekabentuk Jambatan

Ini adalah projek pelajar yang mengambil kursus Analisis Struktur. Tengok para pelajar  seronok untuk menang pertandingan rekabentuk jambatan ni, sayapun rasa seronok dan bersemangat. Mereka berusaha untuk merekabentuk jambatan yang boleh tampung beban paling tinggi. Banyak faktor termasuk bahan binaan dan rekabentuk struktur jambatan itu yang akan menentukan rekabentuk kumpulan mana yang paling bagus. Saja …

Geowall Competition

Ini adalah antara muka-muka gembira semasa Pertandingan Geowall berlangsung di makmal Mekanik Tanah FPTP. Pertandingan ini saya anjurkan untuk para pelajar BPC yang mengambil kursus Mekanik Tanah bersama saya. Ia sempat  dianjurkan selama 3 tahun sebelum bangunan fakulti ditutup untuk penyelenggaraan jangka panjang. Masa ini pelajar terlihat dapat belajar dalam keadaan yang gembira sebab bebas …

ARCHIBUS

Terima kasih PM Sr Dr Noralfishah Sulaiman kerana sudi beri ruang dan peluang kepada saya di dalam projek ARCHIBUS-UTHM ini. Saya sangat menghargainya. Semoga Allah swt memberikan ketenangan, kesihatan dan umur yang panjang kepada PM Dr Nora sekeluarga atas segala jasa dan khidmat baktinya kepada kami semua. Amin yra.  

Ilmu

Antara tiga (3) perkara yang masih memberi faedah kepada kita selepas kita mati adalah ilmu yang bermanfaat. Semoga adalah kegunaan dan manfaat ilmu yang telah dicurahkan selama bertahun-tahun kepada ramai pelajar selama ini. Tak minta banyak, cuma saya minta doa daripada para pelajar yang hebat ini supaya saya serta semua pensyarah mereka diberikan kesihatan, kekuatan …

Tahun 1 sem 2 BPC

I owe this pair hadiah for going an extra mile. Ini tiadapun markah tapi saya bgtahu kalau ada pelajar yang boleh buat eksperimen ni dirumah dihujung minggu dan bawa masa kuliah nanti, ada hadiah istimewa akan menanti. Then I forgot about what I said. Tapi sebenarnya saya lebih kepada tak berapa yakin ada yang akan …

Sales girl

Gambar kenangan masa saya bekerja sebagai Salesgirl di Topten Bahau – kedai jual baju dan kasut di kampung. Tahun 2000 atau 2001. Masa ni waktu cuti semester panjang, jadi perlu bekerja masa cuti semester untuk cari duit top up bayar sewa rumah di universiti. Sedih nak ingat zaman ni dulu. Duit tak berapa ada, makan malam cuma …

Nasihat

1.Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan …