Outcome-Based Education

Antara tugas saya sebagai Penyelaras Outcome-Based Education (OBE) peringkat fakulti adalah menyelaras program perkongsian ilmu berkenaan OBE bersama ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Alhamdulillah, kami dapat belajar bersama-sama daripada Profesor Dr Erween Abd Rahim yang berpengalaman luas berkenaan OBE. Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua yang dapat hadir.

VOSViewer

Alhamdulillah, dapat berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan seperjuangan di Kampus UTHM Pagoh berkaitan VOSViewer, sebuah perisian untuk kajian literatur. Semoga ada manfaatnya berkenaan apa yang telah dikongsi buat semua yang dapat hadir. 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Terima kasih FPTP UTHM atas anugerah berprestij ini. Kami bertiga dahulu ditemuduga bersama  untuk memohon kenaikan pangkat DS51. Semoga sahabat-sahabat ini sentiasa berjaya, selamat dan sihat hendaknya.

Meraikan para pelajar

Antara kenangan istimewa saya semasa menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (2018) adalah apabila dapat bersama-sama dengan para pelajar untuk program Potluck MPC bersama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan FPTP UTHM. Terima kasih kepada TDPP kerana sudi hadir memeriahkan program bersama pelajar dan memberikan kata-kata semangat walaupun program dijalankan di hujung …

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)

Gambar-gambar kenangan semasa menghadiri kursus wajib bagi pensyarah iaitu kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) pada tahun 2014. Terima kasih UTHM kerana telah menganjurkan kursus ini kerana ia telah menjadi panduan berguna kepada saya dan rakan-rakan lain semasa melaksanakan tanggungjawab PnP sehinggalah sekarang.

Hari Keluarga JPP 2014

Antara portfolio terawal yang diamanahkan kepada saya oleh Ketua Jabatan selepas saya melapor diri daripada cuti belajar PhD adalah menjadi penyelaras Hari Keluarga jabatan pada tahun 2014. Aktiviti ini berjaya dilangsungkan di Lotus Desaru, Kota Tinggi dengan kehadiran ramai ahli-ahli jabatan bersama keluarga masing-masing – terima kasih atas kehadiran ke program ini.  Kepada ahli jawatankuasa …

Promosi MPC di International Construction Week & Kluang Mall

Suka untuk saya berkongsi di sini gambar-gambar kenangan semasa berlangsungnya program MPC@ICW dan MPC@KluangMall. Ini adalah antara program yang telah saya usahakan sebagai Ketua Program Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (MPC) sebagai cubaan untuk menambah bilangan pelajar. Terima kasih atas sokongan jabatan dan fakulti yang membolehkan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar. Laman Facebook …

Proud of My Students Representing FPTP, UTHM at RISE2025

One of the proudest moments as a supervisor is seeing my students step up with confidence and professionalism, even when the work they are presenting is not originally their own. Recently, I had the privilege of accompanying two of my students to present their seniors’ research projects, conducted under my supervision, at the international exhibition …