Meraikan para pelajar

Antara kenangan istimewa saya semasa menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (2018) adalah apabila dapat bersama-sama dengan para pelajar untuk program Potluck MPC bersama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan FPTP UTHM. Terima kasih kepada TDPP kerana sudi hadir memeriahkan program bersama pelajar dan memberikan kata-kata semangat walaupun program dijalankan di hujung minggu. Terima kasih juga kepada para pelajar kerana dapat bersama-sama di dalam program ini. Semoga semuanya berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *