Suka untuk saya berkongsi di sini gambar-gambar kenangan semasa berlangsungnya program MPC@ICW dan MPC@KluangMall. Ini adalah antara program yang telah saya usahakan sebagai Ketua Program Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (MPC) sebagai cubaan untuk menambah bilangan pelajar. Terima kasih atas sokongan jabatan dan fakulti yang membolehkan kedua-dua program ini berjalan dengan lancar. Laman Facebook MPC yang saya buka dahulu (tapi telah hilang passwordnya) masih boleh diakses buat penawar rindu. Jika ada pembaca yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Teknologi Pembinaan, bolehlah dapatkan informasi di sini.

