Hari Keluarga JPP 2014

Antara portfolio terawal yang diamanahkan kepada saya oleh Ketua Jabatan selepas saya melapor diri daripada cuti belajar PhD adalah menjadi penyelaras Hari Keluarga jabatan pada tahun 2014. Aktiviti ini berjaya dilangsungkan di Lotus Desaru, Kota Tinggi dengan kehadiran ramai ahli-ahli jabatan bersama keluarga masing-masing – terima kasih atas kehadiran ke program ini.  Kepada ahli jawatankuasa hari keluarga JPP 2014 yang termasuklah para penolong jurutera, terima kasih atas kerjasama baik yang telah  diberikan dalam usaha penyelarasan aktiviti ini. Kini kami sudahpun berpisah jabatan tapi masih bersama dalam satu fakulti. Gambar-gambar kenangan dibawah ini buat terasa macam baru semalam sahaja saya habis belajar PhD, tapi sebenarnya ia adalah 11 tahun yang lepas. Anak-anak kecil di dalam gambar inipun semuanya sudahpun mula menjengah usia dewasa, saya sendiripun sudah mempunyai anak seorang sekarang. Alhamdulillah. Panjang perjalanan kami semua bersama-sama, daripada bujang, baru berkahwin, beranak kecil, hinggalah anak membesar. Doa saya semoga sahabat-sahabat seperjuangan ini, termasuklah ahli-ahli terbaru ataupun yang sudah dengan haluan sendiri, agar semuanya sihat sentiasa, sejahtera, berbahagia, selamat dan sentosa bersama ahli keluarga. Amin yra.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *