Masa menunggu flight balik ke Malaysia baru-baru ini, saya beli 3 buah buku autobiography lagi: Steve Jobs, Nelson M”nd”la dan B”naz”r B”u”to. Sekarang tengah ralit membaca buku  B”naz”r B”u”to yakni ‘D^ug^t^r of the E”*t’. Penulisan yang sangat-sangat menarik, macam sedang baca skrip filem Bollywood. Memang tak sangkalah ada kejadian yang semalang macam tu boleh berlaku dizaman ini. Ia tidak hanya berlaku pada tahun 1970-an dan 80-an dulu, tapi zaman millenium ini juga. Rasanya semua orang tahu yang beliau telah meninggal semasa berkempen pada tahun 2007 dahulu. Harap jangan ada pulak yang berfikir yang saya ni ingin berpolitik hatta berhaluan kiri. Pemilihan buku ini sebenarnya adalah berlandaskan kemahuan saya untuk membaca titipan pemimpin wanita yang beragama Islam
 

Sebenarnya, pemilihan buku-buku yang saya baca tidak langsung ada kaitan dengan kecenderungan saya terhadap mana-mana isu, apatah lagi isu politik. Saya memilih  untuk membeli autobiografi mereka yang terkenal bermula daripada keperluan untuk meningkatkan kemahiran bahasa inggeris saya. Saya juga memiliki set buku Lord of the Rings (LOTR) dan Twilight. Saya ada berbincang dengan salah seorang penyelia program berkenaan ujian bahasa inggeris saya dahulu, dan ada memberitahu beliau bahawa saya sedang dalam usaha untuk memulakan pembacaan siri LOTR yang baru dibeli. Beliau menasihatkan bahawa buku-buku tersebut mempunyai banyak perkataan-perkataan yang direka, jadi agak tidak sesuai untuk penulisan thesis PhD nanti, takut saya menggunakan perkataan yang direka juga semasa menulis. Maka disebabkan itulah saya beralih kepada buku-buku yang menceritakan sejarah, terutama hasil penulisan orang terkenal itu sendiri.

Saya mulakan pembacaan dengan memilih mereka yang acapkali saya lihat dimedia massa, sebagai motivasi kepada diri sendiri untuk menghabiskan pembacaan hingga ke muka surat terakhir. Setakat ini, saya rasa Obama dan B”naz”r B”u”to adalah penulis yang berjaya mengikat saya untuk menghabiskan pembacaan. Selain daripada belajar perkataan-perkataan baru serta membiasakan diri dengan struktur dan ‘style’ penulisan bahasa inggeris, saya juga banyak belajar mengenai sejarah negara-negara luar. Namun, itu semua cumalah pembacaan ringan, macam kenyataan mahkamah M*n* F*n*ey yang pernah saya baca dulu. Saya baca tidak bermaksud saya akan ikut. Semasa membaca, saya akan cuba ambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman mereka, dan saya fikir perlu untuk saya membaca dari kedua-dua belah pihak berkenaan satu-satu isu, sebelum saya membuat sebarang kesimpulan. Namun, disebabkan kekangan masa serta tujuan asal yang berlainan, saya tidak menyelidik lebih dalam berkenaan isu tersebut. Walauapapun, saya fikir, minat saya untuk kembali membaca telah dapat disemai semula, yangmana merupakan satu perkara yang sangat baik. Alhamdulillah.

 
Julai 27, 2012

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *