Kawan.
Apa sebenarnya ‘kawan’?
Kadang-kadang saya terfikir. Kenapa kawan dari luar negara mampu untuk bercakap tanpa menyakitkan hati. Entahlah, kadang-kadang saya juga boleh bersikap ‘over-sensitive’ tapi saya juga turut terfikirkan tentang usia masing-masing yang sudahpun dewasa lantas komunikasi lisan yang dipengaruhi oleh cara pemikiran akan turut matang. Orang yang matang tidak akan berkata sesuatu yang dikhuatiri boleh mengguris perasaan sipendengar. Diplomasi itu wujud untuk dipraktikkan.
Namun, itu semua adalah pengertian ‘matang’ pada saya. Ia juga adalah satu pilihan, sama seperti perkara yang lain. Alangkah baik sekiranya dunia ni berputar mengikut pengertian saya, tapi itu adalah sesuatu yang mustahil. Jadi, perkara yang terbaik yang mampu saya lakukan adalah bersabar dan mendoakan yang terbaik.
Ogos 9, 2012