Definisi Ego : The “I” or self of any person, self-importance, self-esteem, self-image, personal pride and self-absorption. “Her ego becomes more unbearable each day” (Dictionary.com).
Pada pemahaman saya, ego adalah tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri.
Definisi Status : The position of an individual in relation to another or others, a social or professional position, condition, or standing to which varying degrees of responsibility, privilege, and esteem are attached, a high position or standing; prestige, the relative position of an individual within a group, or of a group within a society, “He has acquired a new status since he has been in that job” (Dictionary.com).
Pada pemahaman saya, status adalah kedudukan seseorang dalam satu kelompok masyarakat.
Lagi tinggi tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri, lagi kerap seseorang tu akan menunjukkan kelebihannya pada orang lain supaya dia dilihat berada dikedudukan yang setara dengan tanggapan dirinya sendiri. Namun, jika terlalu tinggi tanggapan tersebut, dia boleh digelar sebagai seorang yang egoistic yangmana definisinya adalah “Being centered in or preoccupied with oneself and the gratification of one’s own desires; self-centered “.
Dalam pada masa yang sama, lagi rendah tanggapan seseorang terhadap dirinya sendiri, maka ini akan menyebabkan lagi kurang kemampuan yang akan ditunjukkan dan dia boleh dilihat berada di kedudukan yang lebih rendah berbanding dengan orang yang sentiasa menunjukkan kelebihannya. Ini adalah kurang percaya diri atau low self-esteem.
Gambaran ini berkaitan dengan tunjuk dan lihat. Kena tunjuk dulu baru dapat lihat. Nak tunjuk kena ada tindakan. Tindakan boleh melalui perbuatan, percakapan atau penulisan. Lagi banyak tindakan, lagi banyak gambaran akan dipaparkan.
Tindakan yang diambil dipilih berdasarkan sifat, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Tindakan boleh dikategorikan sebagai positif dan negatif. Lagi banyak tindakan berunsur positif, lagi baik gambaran yang dipaparkan, begitu juga disebaliknya.
Namun, tindakan yang negatif juga mampu menghasilkan sesuatu yang positif. Contoh, mengherdik pelajar untuk menyedarkan kesilapannya. Herdikan boleh dianggap tindakan negatif tapi jika pelajar sedar akan kesilapannya, tindakan negatif tersebut boleh membuahkan hasil yang positif. Namun, bagaimana dengan gambaran yang terpapar kesan daripada tindakan negatif yang telah diambil?
Ada yang tidak berapa kisah dengan gambaran yang dipaparkan mengenai dirinya, asalkan hasil tindakannya menjadi hasil yang baik. Namun, bagaimana jika hasilnya adalah tidak baik, iaitu jika pelajar tersebut tidak sedar akan kesilapannya yangmana disebabkan oleh sifat negatif tindakan tersebut?
Seseorang yang mempunyai sifat, pengetahuan dan pengalaman yang baik boleh berfikir yang dia sebenarnya perlu menilai situasi dan menyesuaikan tindakan yang perlu diambil, samada positif atau negatif, dengan mempertimbangkan sekali antara jenis hasil dan gambaran yang ingin dipaparkan.
Pucuk pangkalnya, tindakan seseorang itu adalah bergantung kepada sifat, pengetahuan dan pengalaman yangmana mempengaruhi gambaran tentang dirinya sendiri. Samada gambaran tersebut adalah positif atau negatif, ia adalah bergantung spenuhnya kepada penerimaan dirinya terhadap hasil tindakan yang telah diambil.
Post ni cumalah interpretasi saya terhadap status dan ego. Harapnya, setiap kali saya nak ambil tindakan, saya akan teringat akan post ini.