Ini dua paper kami yang sedang under review untuk penerbitan dalam Scopus-indexed Elsevier journals. Dua-duapun journal yang berbayar.
 
Sebelum ni saya pernah publish paper dalam high impact journals tak payah bayarpun. Contoh Science of The Total Environment, Journal of Cleaner Production dan Journal of Environmental Management. Cuma ia perlukan masa dan kematangan dalam data dan cara menulis. Ini semua perlukan masa yang agak lama untuk dapat dipublish.
 
Hat journal Elsevier yang low impact ni sahaja yang kena bayar. Mungkin sebab ia cepat untuk dapat decision berbanding jounal yg high impact dan tidak berbayar, kecuali untuk gold access.
 
Disebabkan KPI geran perlukan 1 paper dalam scopus-indexed journal utk 1 tahun, usaha nak pergi conference ditapis ketat, serta tak dibenarkan untuk hadir ke conference yang hanya Scopus indexed proceeding, jadi nak tak nak, kenalah play it right according to the ruleskan. Lagipun sendiri sudah sign masa awal2 dapat geran dulu.
 
Geran ni dapat bulan 5, 2023. Ambil masa kurang 3 bulan untuk polish paper students yangmana mereka buat research dalam masa setahun sebelumnya yakni bermula pada bulan 6, 2022.
 
Kemudian ambil masa 3 bulan untuk tingtong dalam permohonan hadir conference tapi tak diluluskan.
 
Sudah 3 bulan ambil masa untuk Elsevier proses publication until now. Dalam 3 bulan ni sudah sekali salah satu paper ini saya buat major correction as directed by the journal.
 
Saya sendiri kena polish up the paper serta jadi corresponding author sebab students sudahpun grad. Pekerja Lapangan juga sudah tidak saya employ sebab dinasihatkan sebegitu demi hendak ketepikan duit geran bagi tujuan yuran publication.
 
Ya, bukan senang goyang kaki boleh publish paper ya. Banyak redtape kena harung.
 
Masa sebelum geran ini ditahan daripada amount sebenar ada lagi berbaki 2 bulan. Doakan kedua-dua paper ini accepted, ya. Amin.
 
Teringat tahun lepas, saya kena marah oleh conference committee yang kelola satu conference ni sebab saya tak jadi present dalam conference tersebut. Katanya saya sudah buang masa anak buah dia utk check dan komen paper saya, walaupun mereka setakat komen format sahaja, bukan isi.
 
Apalah yang saya boleh cakap?
 
Sayapun pernah jadi committee bahagian publication untuk satu conference anjuran jabatan diperingkat antarabangsa. Jadi, saya juga tahu sedikit sebanyak aturan publication dalam sesuatu conference tu.
 
Conference brosur ada tulis hanya selected papers sahaja akan dipublish dalam scopus indexed journals. Kebiasaannya keputusan samada our paper is selected or not to be published in scopus-indexed journals tidak diberitahu sebaik sahaja paper accepted to be presented in a conference.
 
Tapi proses untuk dapat tahu samada paper accepted untuk conference proceeding pula adalah sebelum conference berjalan. Untuk diterima, paper perlu ikut format conference, maksudnya masa diperlukan untuk editing-paper panjang jadi pendek. Timbal-balik paper supaya ikut format conference as instructed by conference editor sahaja boleh ambil masa dekat 2 bulan dan selalunya melibatkan 2 orang reviewer.
 
Bila paper sudah accepted dan peserta sudah terima letter of acceptance, baru permohonan untuk hadir conference boleh dihantar ke pusat penyelidikan.
 
Sampai situ, permohonan rejected pula sebab PIC kata publication ini hanya standard conference proceeding sahaja. Jadi ia tak menepati syarat geran, so tak boleh pergi conference ni.
 
Masalahnya keputusan untuk paper accepted or not to be published dlm scopus indexed journals belum keluar lagi, dan ikut pengalaman saya, publication dalam scopus indexed journal bukan ambil masa yang sekejap.
 
Lahai.
 
Habis tu macamana?
 
Bila diberitahu keputusan pusat penyelidikan kepada conference committee, saya pula kena marah sebab katanya saya tak cakna keperluan geran sebelum mohon hadir conference. Saya sudah buang masa anak buahnya katanya. Hmm.
Nak salahkan committeepun tak boleh sebab tak dibuat dek orang ada conference yang keputusannya keluar awal untuk publish paper dalam scopus indexed journal.
 
Nak salahkan PIC pusat penyelidikanpun tak boleh sebab dia hanya buat kerja dia untuk pastikan bayaran yuran publication adalah pada standard yang sepatutnya.
 
Jadi, saya hadap sahajalah kemarahan committee tersebut. Ya betul, sayalah kot yang tak cakna. Hmm.
Buang masa dekat 3 bulan untuk buat benda yang tidak mendatangkan manfaat.
 
Tapi conference anjuran committee ini memang takkan saya pandang dahlah lepas ini. Buat apa consider untuk pergi ke conference yang not up to standardkan?
 
Entahlah, bila berhadapan dengan perkara yang semacam ini, semangat untuk publish tu memang hampir nak padam. Sebab saya tersepit dalam satu sistem yang penuh dengan red tape. Tak tahu macamana nak navigate.
 
Nak taknak kenalah cari jalan lain selain conference untuk publish paper. Kena ikut jalan lama di Elsevierlah as what I am doing now. Tak perlu present, publish sahaja. Sudah dekat 3 bulan menunggu, masih belum ada apa-apa lagi berita tentang decision. This is what they called -publish or perished. Tak publish 2 bulan lagi – potong amount geran!
 
Hai, semoga adalah rezeki untuk papers ni dipublish, amin.
 
Kalau dapat publish pula, maka akan diulang semulalah pusingan ini daripada awal sampai amount geran dapat dihabiskan dalam masa yang telah ditetapkan.
 
Ini baru cerita pasal 2 P – Penyelidikan dan Penerbitan. Hat yang 5P lain tu belum cerita pelbagai kerenahnya lagi.
Masih ada lagi ke nak kata pensyarah ni goyang kaki?
 
Orang yang tak faham, yang tak nampak proses, yang tak melaluinya sahaja yang ada masa untuk goyang kaki lepas tu tulis dalam surat khabar cerita buruk pasal karier pensyarah.
 
Pergi dapatkan engineering degree daripada top technical university dalam Malaysia dulu, pergi dapatkan PhD daripada world top 10 university dengan bayaran yuran separuh daripada kebiasaan dulu, pergi program IC-MIT ditaja sepenuhnya dulu, kemudian balik berkhidmat lepas tu pergi hadap red tape sana sini utk buat kerja 7P tu dulu, baru boleh nak kata macam-macam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *