Ini kuliah pertama pelajar prasiswazah semester ini yang diadakan pada hari Ahad pukul 8am. Kuliah Mekanik Tanah selama sejam bersama para pelajar Tahun 1, Semester 2. Seawal pukul 7.30am saya dan mereka sudah sampai dan menunggu pintu dewan kuliah untuk dibuka.
Buku air tangan saya dan 4 orang super senior mereka sudah selamat diagihkan kepada para pelajar ini pada hari Ahad yang tersebut, Alhamdulillah. Semoga ia menjadi bahan rujukan yang berguna untuk mereka sampai bila-bila, InsyaAllah. Sebahagian daripada hasil jualan buku ini telah diinfaqkan ke arah yang bermanfaat. Semoga hasil tulisan ini menjadi ladang pahala bagi kami para penulisnya, amin.
Sesi yang melibatkan makmal buat mereka akan bermula sebaik mereka naik cuti raya nanti. Belajar teori dulu baru buat amali. Amali akan dibuat di dalam kumpulan kecil seramai 30-35 orang satu sesi. Disini minggu online ditetapkan pada minggu ke 3 dan 4, sejajar dengan cuti raya kemudian diikuti cuti pertengahan semester.
Kuliah bagi pelajar Master Taught Course – Master of Science in Construction Technology Management pula sudah bermula seminggu lebih awal. Jumlah pelajar kursus yang saya selaras iaitu Research Methodology yang sudah mendaftar tak ramai, 3 orang pelajar lokal sahaja. Kami sedang menunggu lagi 3 orang pelajar antarabangsa untuk mendaftar sebaik urusan visa mereka selesai.
*Jom join kami sambung belajar Master? Info program ada disini: https://ftmb.uthm.edu.my/…/fptpprogramme/fptppostgraduate