Ini adalah antara projek-projek terakhir pelajar yang mengambil kursus Rekabentuk Senibina bersama saya, sebelum kursus ini dijumudkan. Projek pelajar ini mendapat sokongan daripada pihak luar sebagai peruntukan hadiah para pemenang. Para pelajar juga turut mengadakan lawatan tapak ke Melaka, Putrajaya dan Shah Alam bagi mendapat inspirasi projek merekabentuk rumah. Seronok dapat lihat kreativiti pelajar berkembang semasa melaksanakan projek mereka ini. Semoga adalah kegunaan terhadap para pelajar ilmu dan pengetahuan tidak seberapa yang telah saya dedahkan kepada mereka di dalam kursus ini. Saja share disini untuk perkongsian bersama berkenaan kepelbagaian kaedah PnP yang telah saya ambil semasa mengajar satu ketika dahulu.
