Kami dibahagikan kepada 4 group. Saya pergi seorang, jadi tak kenalpun siapa yang dalam group itu. Rupanya ada satu keluarga orang Ipoh, tapi mereka telah menetap di San Diego. Bapanya tahu yang saya orang Malaysia daripada segi pemakaian saya, pakai tudung dan kulit sawo matang.
Group ni ramai ibubapa dan seorang-dua bakal pelajar. Ada satu keluarga ini, anaknya perempuan, cantik sangat, nampak very ladylike-with brain. Ala2 Bree dalam Desperate Housewives. Sentiasa nampak berminat dan bersemangat, bawa nota ke sana ke mari. Baguslah begitu.
Susah nak masuk M.I.T.. Application perlu dapat sokongan guru, kemudian ada peperiksaan dan temubual lagi. Huh…mencabar betul nampak gayanya itu.
Lepas taklimat tentang application procedure berlangsung, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar MIT, sambil tour guide bercerita tentang perkara-perkara menarik yang pernah ataupun sedang berlaku disatu-satu kawasan.
Teksi inilah yang diletakkan oleh student2 M.I.T. diatas the Great Dome sebagai salah satu ‘prank’ mereka
Ini satu lagi joke atau prank mereka dengan meletakkan topi ijazah diatas kepala seekor lembu
Menurut kata tour guide, pelajar disini dibenarkan buat prank atau hack asalkan mereka buat semua itu berdasarkan peraturan yang sudah ditetapkan macam yang tertulis dibawah ini.
Nampak gambar hitam putih didinding itu? Haa.. itulah helicopter yang sedang menurunkan teksi daripada atas dome tersebut. Si baju merah itu adalah tourguide, lady yang pegang nota itu adalah ‘Bree’, dan Indian guy dengan beg itu, obviously bakal student and sebelahnya adalah bapanya
Selain daripada ini, kami juga ditunjukkan sebuah water fountain yang tempat minumnya adalah hose fire hydrant. Tourguide terangkan bahawa ini adalah satu simbol dimana students disini menerima ilmu di M.I.T. dengan banyaknya, bagaikan air yang melimpah keluar daripada hose fire hydrant tersebut, jadi samada pelajar itu bersedia ataupun tidak, dia tetap akan dilimpahi dengan ilmu yang bukan sedikit.
Ada juga diceritakan bahawa dekat satu kawasan lapang disebelah bangunan yang dibina oleh bekas pelajar M.I.T. telah dijadikan medan perang olok-olok antara M.I.T. dan CalTech. Everyone knows that CalTech adalah musuh tradisi M.I.T. sejak dari dulu lagi. Ceritanya boleh diGooglelah ya. Agaknyakan, apa kaitan antara ‘hacking’ dgn ‘kebijaksanaan’? Lagaknya macam sudah jadi satu budaya pula dalam universiti-universiti yang terkenal didunia ni dengan hack atau prank sebegini. Mungkin agaknya salah satu sebab adalah pelajar telah diberi kebebasan untuk mengekspresi serta menggunakan idea tanpa had. Mungkin itu sebab mereka boleh berfikir luar daripada konteks dan jadi kreatif. Ada satu video tentang pelajar M.I.T. daripada negara India yang cuba menyatukan alam maya dan realiti melalui sensor yang diletak di jarinya dan ia bertindak macam mouse. Lepas ini mungkin tidak perlu lagi menggunakan mouse ataupun projector, dindingpun boleh jadi screen, dan jari-jemaripun sudah boleh jadi macam camera. Idea dia datang daripada benda yang simple dan very basic, disebabkan dia ada satu persoalan dan dia berminat mahu cari jawapannya, jadi dia buat research tentang itu dan buat pelbagai ujikaji untuk merealisasikan apa yang dia mahukan. Rasanya ini mungkin juga datang daripada kebebasan membuat kajian dan kebebasan kewangan. Diuniversiti besar macam ini, rasanya kewangan bukanlah satu halangan. Walau apa sekalipun kaitannya, pelajar yang belajar disini adalah pelajar yang cerdik, rajin dan mempunyai peluang yang banyak untuk belajar dengan adanya sokongan yang padu oleh universiti terutamanya daripada segi kewangan.
Dataran ini yang dikatakan jadi medan perang olok-olok antara Caltech dan MIT students
Pada saya selain daripada cerita-cerita ini, yang menarik adalah rekabentuk bangunannya yang futuristic.
Arca berbentuk orang yang sedang meneleku memeluk lutut yangmana badannya diperbuat daripada nombor dan simbol matematik
Bagi pelajar yang dapat masuk M.I.T., mereka akan diberi Class Ring atau Brass Rat. Tourguide cerita yang design cincin ini ada tulisan Massachusetts dan World dikedua-dua tebing cincin tersebut, dimana masa pelajar ditahap junior, cincin akan dipakai dengan perkataan Massachusetts menghadap ke arah badannya, dengan maksud sebagai seorang junior, medan dimana dia perlu berjuang adalah di dalam M.I.T. dan Massachusetts, tapi bila dia sudah masuk tahun senior, cincin itu akan diterbalikkan dengan perkataan ‘World’ pula menghadap kearah badannya, dengan maksud bahawa dia perlu menyiapkan dirinya untuk berjuang di medan yang lebih besar yakni, dipersada dunia.
Class Ring (Brass Rat)
Tourguide ada juga bercerita yang setiap pelajar di M.I.T. tidak dapat bergraduasi sekiranya dia masih tidak lulus ujian berenang. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang naik ke pentas ambil skrol ijazah dengan rambut yang masih basah, sebabnya dia baru selesai ujian berenang sebelum itu. Agak-agak apalah kebaikannya untuk tahu berenang sampai dijadikan sebagai satu keperluan wajib lulus pada para pelajar ini?
Swimming pool yang bersaiz Olimpik
Lepas sudah sahaja tour ini, sayapun bergegas ke pejabat Judy, berbincang tentang research dan kemudian saya terus ke McCormick Hall semula untuk pertemuan pertama Summer School ini. Ini sudahpun diceritakan dalam post sebelum ini. Harapnya saya akan lebih bersemangat selepas saya mengenang kembali kenangan-kenangan ke M.I.T. ini.
Untuk baca lebih lanjut tentang program yang saya jalani di M.I.T., boleh dapatkan buku tulisan saya dengan harga berpatutan di My Shop.
*Quality of writing to be improved soon
Jan 23, 2012