Entrepreneurship Course

Penceramah Hari Pertama: Charlotte Pauwels & Kristien De Wolf

Semasa diawal waktu kelas, semua yang ada idea dikehendaki untuk pitch- bagi summary on their ideas pada semua orang yang hadir dan setiap orang perlu untuk pilih idea atau projek yangmana mereka mahu sertai. Kemudian peserta boleh memilih idea atau projek mana yang mahu disertai.

Penceramah ajar 5 perkara penting tentang start up business.

1. Capabilities

Question: Who are your team members? Do they have capabilities to run this idea? Apakah talent mereka yang boleh diguna untuk support this idea?

Penceramah minta kesemua peserta menyertai satu kuiz untuk tengok diversity of team member. Kami ada 4 orang satu kumpulan, business idea kumpulan ini adalah berkaitan satu software. Kami perlu buat satu kuiz untuk tengok setiap daripada kami ini bersifat yang bagaimana. Kumpulan kami semua daripada kumpulan yellow – D quadrant yang imaginative, contextual, visual dan holistic. Tiada siapapun daripada kelas ini yang daripada group B yakni who is planned, controlled, administrative dan detailed. Ini semua cuma untuk buatkan setiap orang faham, ok dia ini jenis yang begini so dia akan react begini. As kami lack of a person yang ada sifat yang ikut masa dan ada plan, so kami perlu ambil perhatian tentang ini. Kami juga named each other our own role, yangmana akan interchange with each other. 

Saya bukan daripada bidang yang berkaitan software yang mahu dibina, tapi saya rasa software itu berpotensi untuk dibangunkan dalam bidang saya. Saya terangkan bidang saya bagaimana, data apa yang saya ada dan saya kena fikirkan macamana idea ini boleh diimplemetasikan dalam bidang saya dengan tengok software2 yang sudah ada dan cari bagaimana ia boleh di upgradekan. Maknakata, kerja rumah saya adalah untuk tengok softwares apa yang sedia ada, dan cari kelemahannya. Perkara begini tidak termasuk dalam skop kajian PhD saya, tapi ada kaitan dalam bidang saya secara menyeluruh. Jadi perlu buat sedikit kajian tentang ini. 

Ketua kumpulan yakni tuan punya idea adalah seorang yang sangat baik, dan mahu mendengar serta bagi feedback pada apa yang saya utarakan. Penting untuk mempunyai ketua begini sebab saya yang telah memilih untuk membentuk kumpulannya. A good leader is as good as his followers.

 

2. Trend

Question: What are the trends in this industry?

Peserta diminta untuk buat PEST analysis seperti dibawah:-

Political trends (P)
Contoh: Data protection laws- is it positive or negative towards your idea?

Economical trends (E)
Contoh: Short life cycle/short funding runways- is it positive or negative towards your idea?

Social trends (S)
Contoh: Environmentally driven/personalised medicine- is it positive or negative towards your idea?

Technological trend (T)                                                                                                                                                           Contoh: Simulation replace experiments- is it positive or negative towards your idea?

3. Uniqueness and protection

Question: Apa yang uniknya idea/projek ini berbanding yang sedia ada? How to protect them? Apa positif dan negatifnya guna each option of protection ni?

Contoh: 

Uniqueness includes adaptable/user friendly 

Protection: use software secrecy, IP, pattern, trademarks

Positive side: cheap, longer term

Negative side: low protection

 

4. Segmentation and positioning

Question: What are the next steps that need to be done?

Market research
1. Ask yourself first, do u want to use your own product? Is it doable? Do you really have the capabilities to do them?
2. Do focus group – *Saya tanya penceramah secara peribadi tentang idea saya dan dia nasihat utuk buat kajian dahulu tentang apa yang customer mahukan sebenarnya? Are they willing to pay for that kind of service? How much are they willing to pay? Do they really want to use your service? Maksudnya buat kajian tentang apa sebenarnya yang customer mahukan.
3. Cari suppliers that are not competing with our service yangmana tahu bagaimana this industry runs. Get inside insights. Dimana mahu cari feedbacks ini? Linked-in/Skype/FB/Email yangmana digunakan utk build networks and don’t forget to say thank you after they help you because the industry is small, so you’ll jumpa mereka balik somehow. Buat mereka rasa confident melalui proving that your service adalah seperti yang dimarket supaya meraka akan introduce you to their network inside the industry. Berapa banyak samples yang perlu dicall? Well, depends pada segmentations yang ada. Atleast boleh dapat overall idea of how the industry runs, seorang daripada satu segmen sudah ok.

 

5. Access-route to market

Question: Bagaimana mahu pasarkan produk?

Buat Value Chain Analysis.

Traditional Value Chain Analysis:
RnD > Production > Market > Distribution (through wholesaler/small retailers)

-Mana satu yang boleh dibuat sendiri? RnD? Market? – It is better to do the analysis yourself sebab dengan cara ini, you tahu lebih banyak dan lebih mendalam tentang industry itu berbanding upah consultant untuk buat analysis.

-What defines the power? Bagaimana mahu bahagikan share? Ikut apa perception of the customer when buying, mereka akan beli satu-satu product/service sebab brand macam Coca-Cola, jika tiada Coca-Cola dalam satu-satu kedai, customer akan pergi kedai lain untuk cari juga sebab mereka hanya mahu minum Coca-Cola juga bukan jenama yang lain; atau sebab jenama itu memang sudah ada disitu, senang akses contoh macam tisu toilet, tidak kiralah jenis dan jenama apa, customer akan beli sahaja, jadai kalau satu brand tisu toilet ini tiada dijual di satu-satu kedai, customer akan beli apa yang ada sahaja instead of pergi kedai lain hanya untuk cari jenama satu-satu tisu toilet. Jika customer behaviour menunjukkan bahawa mereka membeli ikut jenama, maka jenama, maka jenama lebih powerful dan ada lebih banyak share.

Antara persoalan yang perlu difikirkan semasa proses ini termasuk:

-How is the uniqueness perceived by customers?
– Do they care?
– What will they care? Is it cost or brand?

– How will the customer knows that your product/service existed?
– Is it through online presence, TV, radio, large retailer, or specialist (smaller shelve)

Apabila sudah tahu jawapan kepada semua persoalan diatas, baru boleh tengok apa channel dan cara bagaimana produk boleh diagihkan. Samada melalui online, big retailers, specialist (small companies). Sila bertanya ataupun interview orang didalam industri sendiri, yangmana satu channel yang terbaik untuk memasarkan produk.

TIPS:

1. Do all analyses yourself (take 2-3 months to survey)
2. Look for break even point and be creative
3. Before you pour in money, dig for info as deep as you can
4. Start with RnD > Production > Market > Distribution kemudian cari channel, buat banyak kali untuk check samada dapatan betul atau tidak
5. Prove your service as what you’ve claimed it.

Keesokan harinya, perlu hadir untuk buat hack n pitch again oleh setiap group untuk dapatkan feedback from this professor from IC Business School. Malam ini saya perlu buat sedikit digging up on macamana software ini boleh diapply dalam industri yang saya terlibat. Lepas itu baru akan ada satu segmen tentang making money. Professor ini akan tanya bagaimana idea ini boleh digunakan untuk setiap industri yang diwakili oleh setiap team member. Lepas itu setiap orang akan pitch. 

 

Penceramah Hari 2: Bart Clarysse & Charlotte Pauwels

Hari ini cerita pasal bagaimana mahu protect hak kita sebagai tuan punya bisnes dan sejauhmana kita boleh bina idea kita atas idea orang lain. Ada macam-macam cara yang boleh dilaksanakan yang bergantung kepada 2 faktor:

1. Protectability

Sejauh mana idea kita boleh dilindungi, samada didalam lingkungan kawasan, negeri, negara, Asia, atau dunia, dengan tujuan untuk melindungi idea kita daripada dicetak rompak.

2. Freedom to operate

Sejauh mana kita boleh buat bisnes atas idea orang lain tanpa disaman.

Intellectual Property Rights (IPR)

Apakah IPR?

Ia adalah hak ekslusif untuk guna sesuatu idea atau creation yangmana berguna untuk mengelakkan competitors dan menaikkan entry barriers.

Kalau ada patent untuk satu-satu produk, boleh hasilkan pendapatan lumayan melalui licensing sahaja, mungkin lagi tinggi berbanding hasilkan barang itu sendiri dikilang.

Contoh, IBM sudah generate $1bln setiap tahun hanya untuk licensing sahaja

Tapi kalau ada orang atau syarikat lain yang mempunyai ‘dominant patent’ (jika idea dibina atas idea yang lain), tuan punya dominant patent tersebut boleh menghentikan sesiapa daripada entering the market, atau pihak lain tersebut akan diminta untuk membayar licensing dan royalty kepada empunya dominant patent.

Apa pros dan cons IPR?
Investors sangat suka patent, dan sangat suka strategy IP
Kalau tidak protect idea kamu, orang lain akan cetak rompak dan ambil keuntungan atas idea kamu, tapi ingat yang cost adalah certain dan boleh jadi tinggi, revenue pula uncertain dan boleh jadi rendah (only 2% of patent are valuable)
-Adanya IP ini bukan satu guarantee yang kamu akan gain revenue, ia cuma guna untuk elak orang lain tiru idea kamu sahaja dan jika ada patentpun masih boleh orang lain tiru dengan cara imitate idea kamu tapi twist sedikit sahaja di bahagian-bahagian yang tertentu
Dengan keadaan market yang macam sekarang ini, patent bukan satu guarantee yang barang kamu adalah acceptable oleh pengguna
Orang lain dalam distribution channel masih boleh control product kamu sebab mereka yang akan buat delivery

Ada dua bentuk IPR iaitu:

1.Copyright

– Melindungi original literary, dramatic, artistic, softwares, gambar, manual, broadcast, sound recordings
– Tidak melindungi konsep atau idea cuma melindungi cara idea itu diekepresikan
– Hak copyright adalah serta-merta dan free
– Melindungi daripada copying and adaptation
– Perlu ada rekod menyatakan tarikh dan author perkara tersebut
– Di UK, copyright tidak perlukan sebarang registration, tapi perlu ada rekod
– Rekod guna simbol © dan nama company pada semua dokumen yang ada
– Jika mahu dijadikan sebagai bukti dalam mahkamah mengatakan bahawa dokumen ini milik kamu, perlu letak document tersebut dalam envelope dan poskan kepada diri kamu sendiri, dimana postmark diatas envelope yang menunjukkan tarikh dipos itu adalah tarikh creation of that document (confirms the date of creation), tapi envelop tersebut jangan dibuka sampai the moment kamu kena prove the authorship of that document.
– Duration of protection adalah 70 tahun selepas author mati, atau jika tidak tahu daripada mana asal dokumen tersebut, bermaksud tarikh perlindungan adalah 70 tahun daripada akhir tahun dimana dokumen tersebut dipublished
– Untuk dokumen atau computer generated work pula adalah 50 tahun daripada akhir tahun dimana dokumen tersebut dipublished
– Tuan punya dokumen adalah samada Author atau company tempat dia bekerja jika dokumen adalah dicreate utk tujuan pekerjaannya.
– Nature of right: Tuan punya ada hak untuk elakkan peniruan ekspresi sesuatu idea (ingat: copyright tidak melindungi idea atau konsep, cuma melindungi cara ekspresi idea tiu sahaja) contoh macam software code, lukisan, arts, literature
– International copyright memang tidak wujud, penguatkuasaan undang-undang bergantung kepada enforcement of copyright di sesuatu negara tersebut.

– Tuan punya dokumen boleh transfer dia punya right yangmana dipanggil material right, tapi moral right tidak boleh ditransfer

– Pencipta dokumen dan orang lain yang sudah ditransfer hak kepadanya oleh pencipta dokumen; adalah tuan punya hak yang terlingkung dalam material right ini. Perlu ada bukti bertulis yang hak sudah ditransfer hatta hanya dengan 2 baris ayat sahaja, tidak perlu ada saksi. Hanya pencipta dan penerima hak sahaja.
– Pencipta tetap ada hak untuk reproduce atau bagi kebenaran untuk reproduction of his creation, jual atau sewa creationnya itu, tukar atau translate ataupun diclose the creation to the public
– Perkara yang tidak boleh ditransfer adalah moral right, kalau dilanggar hak moral ini maka material rightpun automatic akan terluput. Ada 3 ciri dalam moral right ini. 

1. Right of parenthood

2. The right to retain from the creation being used against religion or ethical abuse

3. Hak untuk creator guna creation dia bagi kegunaan lain

– Kadang-kadang ada juga creator yang tidak mahu copyright ini (as copyright inikan automatic), so dia boleh dapat copyleft. Contoh macam software free dalam internet yang boleh download oleh users (open source community), walaupun creator sudah pindahkan hak software yang dia create ke public, tapi dia masih own his moral right. Jadi dia masih boleh refrain public from using it for commercial reasons, tapi susah hendak monitor siapa yang guna dan untuk tujuan apa software itu digunakan. If sudah ada copyleft, tidak boleh tukar jadi copyright and vice versa.

– Penceramahpun ada highlight yang consultancy/training/coaching – Anything that is intangible yang using only knowledge – is not a good business compared to tangible products

2.Industrial property

– Patent right

2.1 Trade marks

– Penanda yang bezakan product kamu dengan yang lain, gunanya ada protection ini adalah untuk melindungi brand, tidak boleh sama atau dekat-dekat sama dengan nama competitors yang sudah sedia ada dalam industri yang sama. Contoh macam satu company yang offer network social media berdaftar bawah nama WHO Station, jadi tidak boleh ada company lain yang offer network social media yang daftar dengan nama macam YES Station, WHO ARE YOU STATION atau nama apapun yang boleh mendatangkan kekeliruan pada pengguna. Tapi, jika company daripada industry lain, macam kedai kopi nak guna nama WHO Station dibolehkan.
– Company Apple tidak ada trademark atas perkataan ‘Apple’ itu sebab its a common word yang digunakan seharian, makna kata apa-apa perkataan yang common tidak boleh ditrademarkkan.
– Walau trademark ini nampak macam remeh, tapi kata sipenceramah yang sudah buka banyak company termasuk yang pertama didunia buka bisnes e-book semasa di German, masalah trademark inilah yang jadi masalah rutin dan menyebabkan kerugian yang tinggi. So, nanti nak pilih nama atau logo syarikat tu, sila berhati2.
– Mahu daftar trademark ini kalau protection dia dalam lingkungan kawasan South Kensington (atau dalam lingkungan 5 miles daripada kedai) sahaja, perlu bayar £150. Kalau mahu lebih lebar tapi masih dalam UK, perlu bayar £3000. Duration of protection itu bergantung kepada berapa kamu bayarlah, boleh renew hingga 10 tahun sekali
– Bukan logo atau nama shaja yg boleh ditrademarkkan, tapi apa sahaja yang unik tentang produk kamu boleh ditrademarkkan. Macam Porshe, dia trademarkkan bunyi pintu kereta buatannya semasa ditutup. Macam nestle punya logokan ada bird nest punya lukisan, itupun ditrademarkkan. Contoh lain, rekabentuk botol Coca-Cola, Harley Davidson punya bunyi engine, Intel Inside punya tune dan macam-macam yang lain.Makna kata yang akan diprotect adalah smell, sounds, shapes or any signs yang unik tentang produk kamu.
– Ada banyak softwares yang sediakan perkhidmatan check apa yang sudah ditrademarkkan ini, so boleh google.
– Kalau business itu sudah tidak jalan lagi, tapi fees untuk trademark masih dibayar so protection itu still lagi on, tapi akan terluput bila business sudah bankrupt or liquidated or berhenti bayar fees.
– Di UK, boleh buat registration di Patent office trade marks registry, di Malaysia, saya kurang pasti, nanti balik boleh check or ada sesiapa yg tahu boleh bagitahu disini

2.2 Registered design right

 

– Breeding rights
– Chips

 

Feb 20, 2013

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *