Post ini menceritakan tentang hari pertama perjalanan saya dari Imperial College London, UK ke Massachussettes Institute of Technology (M.I.T.), US.

Permohonan untuk menyertai program kolaborasi penyelidikan diantara IC-MIT dibuat dalam bulan 2, 2011, tahu saya dapat masuk dalam bulan 4 dan mohon visa dalam bulan yang sama, dan perginya bulan 6, 2011. Masa pergi Summer School ini, saya sedang sibuk tolong penganjuran Talent Management Symposium (TMS2011) yang UTHM buat di IC. It’s quite tough, to be honestlah.

Gambar di luar Logan International Airport, semasa sedang menunggu teksi ke M.I.T.

Suasana semasa dekat nak sampai ke M.I.T., diatas jambatan yang menyeberangi Sungai Charles yang menghubungkan pekan Boston dan M.I.T.

Ini menunjukkan jalan ke McCormick Hall, tempat kami bermalam di M.I.T.

McCormick Hall

Bilik tidur di McCormick Hall, ada 2 katil, tapi kami duduk seorang satu bilik

Didalam kapal terbang Delta Airline sebenarnya ada 2 orang lagi yang sama naik dari IC, sudah sampai airport baru saya tahu. Yang kelakarnya saya tersalah tunggu dekat tempat ambil beg, jadi mereka inilah datang cari saya sebab mahu sama-sama ambil teksi untuk jimat kos. Very bad first impression. Masa tu mamai ke apa ke, entahla. Semasa di Heathrow Airport, saya juga salah tunggu di pintu gate lain. Ya Allah, tak pasti apa terjadi pada saya pada hari tersebut, padahal bukannya saya belum pernah jalan jauh, sudahpun ke India 3 bulan sebelumnya dari UK.

Dalam teksi itu saya terus juga menampakkan kejakunan saya. Almaklum, pertama kali menjejakkan kaki di US, memanglah agak jakun. 

 

Sampai rasanya lebih kurang 3 pm, terus buka laptop dan charge battery, tapi plugnya lain daripada UK dan Malaysia. Jadi terpaksalah saya keluar pergi cari plug pelbagai kepala. Berjalanlah saya merentasi jambatan untuk ke Massachusetts bagi mencari kepala plug tersebut. Sampailah saya ke satu shopping complex yang saya tidak ingat namanya apa. Dalam perjalanan itu ada lalu dan singgah di kedai runcit milik orang India, baik dan peramah, terlalu baik sangat sampai saya rasa takut hendak lalu lagi disitu. Almaklumlah, waktu itukan saya sudah dekat 6 bulan duduk di UK, yangmana sudah terbiasa dengan sifat ‘peramah’ orang-orang di sini, jadi bila sampai satu tempat yang lain, berjumpa dengan orang yang betul-betul peramah, memanglah ada rasa pelik dan terkejut.

Dah siap beli apa yang perlu dalam supermarket, saya bajet mahu pusing-pusing di pekan ini sebab saya tahu nanti mesti sudah tiada lagi masa lapang selepas ini.  Sayapun ikut flow orang ramai, sampai ke Prudential Center, yangmana saya singgah di kaunter pertanyaannya dan ambil brochure2 tempat menarik di bandar ini, juga singgah makan di satu kedai makanan nama Wagamama.

Di kedai ini, selepas makan, saya baca map dan brochure yang diambil tadi serta cuba buat keputusan mahu ikut package mana dan hendak kemana, berdasarkan duit dan masa yang ada. Saya ambil keputusan mahu naik cruise untuk melihat matahari terbenam di Sungai Charles. Kalau mahu ikut tour ini, saya perlu ke tempat cruise ini berlepas, yang memerlukan saya menaiki bas dan keretapi (the T). Jadi, sayapun berjalan kaki menghala ke M.I.T. balik untnk cari dimana stesen T, terjumpa entrancenyapun secara kebetulan, sebab nampak macam ada iklan ‘Charlie Card’ dekat dinding berkaca, jadi saya taragak mahu masuk. Rupanya betullah itu T stesennya. Mahu naik keretapi, jadi perlulah beli tiketnya dahulu, nasib baik penjaga stesen baik dan terangkan macamana mahu beli tiket dan boleh berhenti dimana.

Sudah siap beli tiket dan sudah tahu mahu berhenti dimana, sayapun melangkah masuk ke stesen itu dan menunggu the green line T yang dimaksudkan. Tempat perhentian the T ini nampak railway berselirat, tak macam di London, lurus dan teratur . Gerabak keretapinyapun besar dan sistemnya lebih kurang samalah macam di London, ada line green, blue, red dll. Tempat menunggu memang betul underground dan tertutup. Boleh sesak nafas dek eh. Waktu itu ramai sangat orang yang mahu naik green line, jadi perlu berasak untuk masuk. Tempat duduknya lebar juga. Masa saya berdiri didalam keretapi tersebut, saya berdepan dengan satu pasangan yang sudah berumur. Mereka senyum sahaja pada saya, tak habis-habis senyum pada saya. Jadi sayapun senyum pada mereka. Sampai saya rasa pelik, kenapa ya orang-orang di sini macam ini? Sampai tahap jakun macam itu, pasalnya saya ke Boston ini dengan satu persepsi bahawa orang Amerika tak suka orang Islam, jadi bila sudah 2 kali saya berhadapan dengan situasi yang bertentangan dengan persepsi tersebut, memanglah rasa pelik. Tapi akhirnya saya berpendapat bahawa orang Amerika, khususnya penduduk Boston ini adalah peramah orangnya dan tidaklah seperti yang saya jangkakan pada awalnya. Alhamdulillah.

Jeti tu berdekatan dengan Lechmere Canal

Penjaga entrance stesen T ada beritahu saya perlu turun di satu stesen ini dan kemudian naik bas dari situ ke tempat yang saya mahu tuju itu. Jadi sayapun turun, dan kemudian terus ikut orang ramai menghala ke stesen bas diluar stesen T, tengok-tengok ada sebuah bas sedang menunggu dibawah terik matahari ala-ala waktu lepas asar diMalaysia gitu. Sayapun naiklah bas tersebut dan perlu berdiri juga, berdiri didepan seorang lelaki  yang bawa stroller, ada baby teramatlah comelnya dalam stroller tersebut. Kemudian adalah pula nenek-nenek yang naik sekali, lelaki tadi sangat baik, menawarkan nenek-nenek tersebut untuk duduk dan dia berdiri. Gembiralah nampaknya nenek-nenek ini tadi. Mereka berbual-bual sambil saya berdiri menghadap mereka bersebelahan stroller baby tadi, senyapkan diri bagai patung. Kemudian nenek tadi menegur saya ingatkan saya ini emak kepada baby tersebut, dan isteri kepada lelaki tadi. Saya cuma tersenyum dan cakap tidak dan lelaki tadipun mengiyakannya dan mengatakan yang isterinya ada dirumah jaga anak mereka seorang lagi. Kesimpulannya, saya nak kata yang orang di Boston ni memang peramah dan boleh berbual tak kiralah dengan orang asingpun.
 
Sudah sampai di bus stop terakhir, sayapun turun dan mula berjalan, terjumpa orang ditengah jalan, saya akan berhenti untuk bertanya mereka dimana tempat sekian-sekian. Akhirnya sayapun sampai ke jeti. Sudah beli tiket cruise tu saya terus naik, kemudian tidak sampai 5 minit, cruisepun berjalan.

Atas boat, sedang melalui Sungai Charles

Masa naik boat ini, seriously saya rasakan dejavu, rasa macam pernah mimpi melihat pemandangan macam ini semasa saya kecil-kecil dulu. Terutama gambar yang dibawah ini. Apa-apapun Alhamdulillah kerana saya dapat jejakkan kaki disini.

Banyak pemandangan cantik yang diambil masa ini, terutama bila melalui dua buah institusi pendidikan terkenal dunia, yakni Harvard dan M.I.T. sebab dua-duapun sejajar dengan Sungai Charles,  jadi bila saya lalu disitu, maka nampaklah pelajar-pelajar universiti sedang bergelimpangan sambil membaca buku dibawah terik matahari ditepi tebing sungai, juga saya dapat melihat aktiviti para pelajar yang sedang boat sailing. Bila kami lalu sebelah Harvard University, semua orang diatas boatpun ‘uuuu…aaaa’ termasuklah saya sendiri. Saya berfikir alangkah bertuahnyalah kalau saya dapat diterima masuk ke salah satu universiti ini. Takpun, alangkah bertuahnyalah anak saya, saya dan suami saya juga kalau dapat masuk universiti-universiti ini. Tidak salahkan mahu berangan? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, hari ini datang sini setakat pergi Summer School sahaja, mana tahu satu hari saya sendiri masuk atau kami menghantar anak atau cucu kami masuk pula, Insya-Allah.

Sudah selesai sahaja program cruise tersebut, boatpun baliklah ke jeti dan sayapun baliklah menaiki bas tadi dan turun di stesen T yang sama. Tapi kali ini saya sudah pandai baca peta, saya lihat ada stesen M.I.T. tapi perlu naik green line, tukar di Park St. dan ambil Red Line daripada situ. Jadi sayapun naik keretapi dan kemudian turun di stesen M.I.T./Kendall, saya berjalan keluar daripada stesen T tersebut, terus memasuki kawasan dalam kampus M.I.T., yakni berdekatan dengan The Coop M.I.T.. Sayapun terus berjalan mencari jalan pulang ke McCormick Hall, waktu ini masih belum beli lagi phone yg ada navigation. Jadi semuanya cuma bertanya dengan orang yang saya terserempak ditengah jalan. Mereka baik-baik belaka. Jauh jugalah perjalanan daripada stesen itu ke Hall of Residence, tapi walaupun letih, puas jugalah saya dapat pusing keliling tengok bangunan-bangunan besar dalam kawasan M.I.T. ini. Bangunan-bangunan disini bahagian luarnya sama macam tugu peringatan didedikasikan untuk para cendiakawan mereka contoh macam Darwin, Faraday dan lain-lain.

Untuk baca lebih lanjut tentang program yang saya jalani di M.I.T., boleh dapatkan buku tulisan saya dengan harga berpatutan di My Shop.

Jan 23, 2012

*Quality of writing to be improved soon

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *