Geowall Competition

Ini adalah antara muka-muka gembira semasa Pertandingan Geowall berlangsung di makmal Mekanik Tanah FPTP. Pertandingan ini saya anjurkan untuk para pelajar BPC yang mengambil kursus Mekanik Tanah bersama saya. Ia sempat  dianjurkan selama 3 tahun sebelum bangunan fakulti ditutup untuk penyelenggaraan jangka panjang. Masa ini pelajar terlihat dapat belajar dalam keadaan yang gembira sebab bebas mengeksplorasi sambil belajar sesuatu yang baru tentang tanah. Semoga semua pelajar ini berjaya dan selamat dunia akhirat, amin yra.

Ada satu pertandingan yang agak serupa bakal berlangsung bulan ni. Saya sedang berfikir dan menimbang tara samada mahu menyertainya ataupun tidak. 10 tahun dahulu, para pelajar saya memang bersedia untuk pertandingan sebegini sebab mereka sudah didedahkan dengan pertandingan semacam ini sejak awal lagi. Namun dalam keadaan sekarang, Wallahualam. Keadaan sekarang berbanding keadaan dahulu, sangatlah berbeza. So, we need to play around on what we have, and we don’t.

Sebenarnya ada banyak pertandingan pelajar yang boleh disertai. Antara mahu dengan tidak sahaja persoalannya. Tak mengapalah, semoga Allah swt membuka pintu rezeki buat para pelajar ini untuk belajar dengan baik, selesa dan tenang, waima apa sekalipun cara dan langkah adaptasinya. Amin yra. *Saja menulis disini untuk perkongsian bersama berkenaan tentang kaedah pengajaran dan pentaksiran alternatif yang pernah diadaptasi suatu ketika dahulu.









 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *