Kursus Pemantapan Ilmu

Alhamdulillah, baru-baru ini Allah swt telah melapangkan rezeki saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam bentuk kesihatan, masa dan kesempatan untuk menghadiri dua kursus anjuran UTHM bagi tujuan memantap dan memperkemas ilmu pengetahuan dan kemahiran kami sebagai pensyarah.

World Invention Innovation Contest, South Korea

Kenangan manis semasa kumpulan penyelidik kami berjaya merangkul tiga (3) anugerah penyelidikan di peringkat antarabangsa suatu ketika dahulu. Boleh dapatkan senaskah buku yang mengandungi maklumat tentang produk penyelidikan kami ini di sini: Sedimen Korekan untuk Industri Pembinaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sustainable Materials

https://drnorpadzlihatun.com/wp-content/uploads/2025/09/Download-10.mp4https://drnorpadzlihatun.com/wp-content/uploads/2025/09/Download-11.mp4 Latest research shows that integrating concrete-production performance metrics into the facilities asset management register enables facilities management teams to prioritise interventions, optimise life-cycle costs, and meet organisational sustainability targets. This requires formal data handover from construction/production teams to facilities management and adoption of performance-based procurement. Please refer : Smith, A., Johnson, B., & Patel, M. (2022). …

Outcome-Based Education

Antara tugas saya sebagai Penyelaras Outcome-Based Education (OBE) peringkat fakulti adalah menyelaras program perkongsian ilmu berkenaan OBE bersama ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Alhamdulillah, kami dapat belajar bersama-sama daripada Profesor Dr Erween Abd Rahim yang berpengalaman luas berkenaan OBE. Semoga program ini telah memberikan manfaat kepada semua yang dapat hadir.

VOSViewer

Alhamdulillah, dapat berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan seperjuangan di Kampus UTHM Pagoh berkaitan VOSViewer, sebuah perisian untuk kajian literatur. Semoga ada manfaatnya berkenaan apa yang telah dikongsi buat semua yang dapat hadir. 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kenangan bersama sahabat-sahabat yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Terima kasih FPTP UTHM atas anugerah berprestij ini. Kami bertiga dahulu ditemuduga bersama  untuk memohon kenaikan pangkat DS51. Semoga sahabat-sahabat ini sentiasa berjaya, selamat dan sihat hendaknya.

Meraikan para pelajar

Antara kenangan istimewa saya semasa menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (2018) adalah apabila dapat bersama-sama dengan para pelajar untuk program Potluck MPC bersama Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan FPTP UTHM. Terima kasih kepada TDPP kerana sudi hadir memeriahkan program bersama pelajar dan memberikan kata-kata semangat walaupun program dijalankan di hujung …

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)

Gambar-gambar kenangan semasa menghadiri kursus wajib bagi pensyarah iaitu kursus Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) pada tahun 2014. Terima kasih UTHM kerana telah menganjurkan kursus ini kerana ia telah menjadi panduan berguna kepada saya dan rakan-rakan lain semasa melaksanakan tanggungjawab PnP sehinggalah sekarang.