Antara salah satu projek yang saya urus dalam kursus Maintenance Management, Master of Engineering Management, adalah mengurus untuk dapatkan kelulusan membuat lawatan ke kapal KD Pelanduk, di TLDM Lumut.
Saya rasa, jauh juga saya berjalan untuk mendapatkan kelulusan tersebut, hingga perlu ke Ibupejabat Tentera di Jalan Semarak, dan berjumpa dengan ketua bahagian fleet. Beliau seorang yang berpangkat Dato’ dan sangat ramah serta sangat membantu.
Susah juga nak masuk melawat kawasan tentera, sebab pihak tentera khuatir tentang kebocoran rahsia jika sebarangan orang dibenarkan melawat.
Pihak tentera tidak membenarkan beberapa rakan sekumpulan yang berwarganegara Iran dan Libya untuk masuk. Maka, saya uruskan untuk mereka dan saya sekali untuk ke kilang pembuatan aksesori kereta Proton di Rawang.
Untung jugalah saya sebab dapat melawat ke 2 tempat. Untuk ke kilang ini, prosedur lawatannya tidaklah seketat prosedur tentera, namun pelawat perlu ikut jadual mereka. Kami juga dihidangkan makanan dan dapat berbincang selepas lawatan tersebut diadakan. Sama juga selepas lawatan ke TLDM Lumut, kami juga dijamu makanan oleh pihak tentera serta Leftenan Muda didalam gambar ini.
Saya kurang untuk berbincang semasa ke kilang di Rawang sebab saya tak dapat nak hubungkait sangat, namun disebabkan semasa itu saya masih bekerja di MMDC, maka lawatan ke KD Pelanduk rasanya lebih berkesan. Dalam dua-dua kumpulan ini, memang saya seorang sahaja perempuan. In fact, di MMDCpun saya seorang sahaja jurutera perempuan sebaik sebelum saya letak jawatan.
Saya rasa ada banyak lagi pengalaman berharga yang saya pernah lalui semasa saya buat Master, namun tak dapat saya ceritakan sebab tak simpan gambar. Contoh macam projek master di Port Tanjung Pelepas, Johor dan di Wajasteel Bangi, Selangor. Semua tu saya macam sudah lupa sebab lama sangat, tahun 2006 dulu.
Selepas mengimbas kembali semua ini, saya rasa saya sangat banyak belajar mengurus semasa saya sambung pengajian diperingkat master untuk menambahkan lagi skil pengurusan kejuruteraan yang diambil semasa bekerja di MMDC dahulu. Alhamdullillah.
Para pelajar dan Ir Razali Samin, pensyarah kursus Pengurusan Penyelenggaraan, Ijazah Sarjana Pengurusan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM yang melaksanakan lawatan ke TLDM Lumut pada tahun 2006