Lawatan ke kilang IBS, Tanjung Sepat

Hujung minggu lepas saya ke Tanjung Sepat untuk melawat kilang IBS yang membina rumah menggunakan Light Gauge Steel Framing System. 

Menarik konsep yang syarikat ini ketengahkan. Kalau tengok cerita Renovation King dan Win The House, memang konsepnya sebeginilah. Kalau mahu renovate, potong, buang dan ganti sahaja dindingnya, pendiang apipun boleh dialih-alih. Dibawah ini adalah contoh rumah yang sudah siap dimana gambarnya diambil daripada facebook syarikat pembina.

 
Harganya adalah RM180k utk 30 x 70 punya bukaan rumah, 4 bilik, 3 bilik air. Ikutkan memang harga itu boleh tahan murah jika nak dibandingkan dengan rumah-rumah konvensional sekarang ini. Rumah saya sekarang yang berukuran 22×75 pada tahun 2010pun sudah RM199k. Tapi sekarang ini memang tak dapatlah harga macam itukan. Harga itu siap rumah dan tanah, tapi kos rumah yang menggunakan sistem ini sahaja sudah RM180k dan bina atas tanah sendiri. 
 
Banyak baiknya daripada segi kos dan tempoh pembinaan, tapi biasalah bila kos rendah, kualiti mesti akan kurang sedikit. Keburukannya menggunakan sistem rumah ini adalah daripada segi masa runtuhan selepas kebakaran yang sangat cepat, dan kekuatan struktur rumah bergantung pada kekuatan struktur rumah. Kalau terbakar, 15 minit sahaja yang akan diambil untuk semua bangunan runtuh sebab steel frame yang digunakan adalah nipis dan kekuatannya datang hanya daripada joining of each member. Kalau satu member sahaja yang rosak atau cair semasa kebakaran atau tertinggal nut and bolt semasa installation, satu member inilah yang akan mempengaruhi kekuatan keseluruhan rumah dan menyebabkan masa untuk runtuh menjadi sangat cepat. Takut pula dengar ceramah syarikat ini yang sangat tulus dan jujur. Semasa lawatan, penceramah kata akan ambil masa 2 jam untuk rescue out of the building sebelum runtuh, tapi ikut penyelamat kebakaran diluar negara, ambil masa hanya dalam 15 minit sahaja jenis untuk rumah jenis sebegini untuk runtuh. Bila rumah sudah runtuh, rescue mission is impossible.
 

Sistem rumah ini sama macam sistem rumah kayu dan keburukannyapun lebih kurang samalah juga. Cuma kayu berat dan boleh dimakan oleh anai-anai. Steel tak mungkinlahkan menghadapi masalah yang sama, cuma yang merisaukan adalah fibre wool yang digunakan untuk noise insulation yangmana mungkin boleh jadi sarang haiwan yang tidak diingini. Namun, bak kata penceramah, fibre wool diperbuat daripada kaca yg tajam, maka tikus tidak mahu mendiaminya sebab ia boleh luka. Tapi bila kami ke kilangnya, tekstur fibre wool tersebut adalah seperti kekabu, jadi takkanlah boleh luka pula tikus itu kan? Mungkin lagi seronok mendiaminya sebab gebu. Bila seseorang penjual memaklumkan hanya yang baik-baik sahaja tentang sesuatu produk, kita haruslah ada kemusykilan didalam hati dan buat kajian teliti.

Risiko kebakaran akan tetap ada pada semua jenis bangunan, waima apa sistem sekalipun. Jika guna dense concretepun akan ada risiko kebakaran dan terperangkap dalam bangunan. Cumanya yang agak menakutkan adalah sistem ini baru sangat diperkenalkan di negara ini oleh syarikat ini (semasa penulisan ini dibuat), maka bila kurang pengalaman maka macam-macam boleh terjadi. Katanya untuk struktur rumah ini ada 50 tahun waranti, tapi ianya akan void bila pemilik buat renovation sendiri. Ada tempoh 12 bulan untuk tempoh tanggungan kecacatan.

 
Secara logiknya, rumah ini sangat ringan dan hanya perlukan raft foundation sahaja, melainkan jenis tapak tanah sangat lembut yang perlukan piling. Macam contoh rumah saya di Batu Pahat menggunakan raft foundation sahaja dan major cracking didinding rumah sangat kelihatan. Untuk pembinaan fasa kedua, pemaju mula menggunakan piling dan itulah yang menjadikan harga rumah dengan built area yang agak kecil, tapi harganya melambung sampai dekat RM300k. Saya rasa akan ada hanya minor crack untuk rumah jenis ringan macam ini, melainkan beban hidup yang diletakkan dalam kawasan built area rumah itu melebihi daripada yang sepatutnya. Kebiasannya rumah hanya digunakan untuk tempat tinggal keluarga, bukan dibuat kilang dengan adanya jentera berat yang memerlukan cara konvensional mengggunakan batu batu yang sangat berat dan ia akan dipikul oleh asas (foundation), kemudian beban dipindahkan ke tanah dan ia akan menyebabkan pengenapan tanah dibawahnya. Sekiranya pengenapan tanah tidak sekata, itulah yang akan menyebabkan crack.
 

Itu sahaja untuk kali ini, sekian.

 
August 28, 2017

Gambar ehsan KLCorp FB

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *