Rising from the Ashes

 

Macam2 aktiviti sepanjang 3 hari ini yang telah saya ikuti sepanjang berada di rumah keluarga angkat di Hiroshima termasuklah lawatan ke Hiroshima Peace Memorial Museum yang menggambarkan ttg dasyatnya pengeboman pada Ogos 1945 dulu, lawatan ke Children Peace Monument yang menceritakan keinginan Sadako yg mengalami leukimia hasil bom atom utk terus hidup.

 

Bangunan ini tinggal rangka selepas a-bomb dijatuhkan 600 meter diatasnya…

 

 

 

Saya bersama in-vitro survivor yg jadi english guide selama 9 tahun disini…dia tunjukkan buku kesihatan warna purple yang digunakan utk survivors check kesihatan di hospital…setiap survivors diberi buku ini utk pemantauan tahap kesihatan mereka..Guide ini cerita apa yg tidak diceritakan dalam Hiroshima Peace Memorial Museum…bagus juga, dpt tahu sejarah mereka daripada perspektif yang berbeza. Menurut beliau, survivors ni ada 4 tahap mengikut jauhnya mereka daripada pusat jatuhan a-bomb…dan dia adalah survivor stage 4 yakni maknya semasa mengandungkannya adalah berada dlm lingkungan 400-600m jauh (kalautak silap). Rumah Kasune dan Akifumisan adalah jauh daripada lingkungan tersebut jadi mereka terselamat. Waktu tersebut, survivor a-bomb sangat takut utk didekati samada sebagai kawan atau sebagai suami/isteri disebabkan oleh kecacatan fizikal mereka atau hasil radiasi yang ada dalam badan mereka. Selalunya mereka tidak akan bgtahu sesiapa yg mereka adalah survivors. Mereka suffer dalam bentuk fizikal dan mental sehingga sekarang. Ada survivors yang begitu trauma dan tak dapat nak ceritakan kenangan pahit mereka sampai sekarang.

 

Ini adalah Children’s Peace Monument yang diinspirasikan daripada insiden yang berlaku kepada seorang kanak-kanak bernama Sadako yang mengalami leukimia 10 tahun setelah terkena radiasi a-bomb tersebut. Penyakit Sadako ini adalah sangat common dialami oleh survivors a-bomb selain daripada sakit perut dan kecacatan kekal. Di Jepun, sesiapa yang dapat melipat paper crane sebanyak 1000 keping, akan tertunailah hajatnya. Semasa di deathbed nya, Sadako telah melipat paper crane ini melebihi 1000 keping, daripada saiz besar sampailah ke saiz paling kecil yangamana memerlukan jarum utk melipatnya. Ini menunjukkan betapa dia ingin utk hidup. Dia meninggal dan paper cranes tersebut diedarkan kepada rakan-rakan dan orang ramai yang mengunjunnginya semasa funeral. Ada seorang ni berikan idea utk wujudkan satu monumen utk memperingati Sadako dan keingingannya yang sangat kuat utk hidup sihat. Lalu kawan2 sekolahnya telah berpakat utk mengutip derma daripada semua rakyat Jepun hinggalah ke luar negara. Dengan hasil derma inilah, monumen ini dapat dibina.

 

 

Dibelakang saya adalah Hiroshima Peace Memorial Museum yang mempamerkan kedahsyatan a-bomb terhadap penduduk Hiroshima

 

 

 

Ini adalah satu-satunya bangunan yang tidak ranap selepas dibom..very dense concrete kot ni…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *