Keluarga angkat di Hiroshima

Selepas selesai bergambar bersama2 di Goko Senior High School, kamipun bergerak ke Hiroshima Station utk bertemu dgn foster parents masing2. Borang pengagihan keluarga telahpun dibuat sejak kami di Malaysia lagi.

Saya dapat Kasumi Kushio dan ikut dia balik ke rumahnya yg sejauh 15-20 minit drpd stesen tersebut. Rupanya dia ada bela anjing, tp saya terangkan yang saya muslim, apa yang boleh apa yg tak boleh. Then dia kurung anjung dia selama 3 hari saya bersama mereka.

Ahli keluarga Kasune (panggilan bermaksud Kak Kasu) terdiri daripada Oppa san (nenek umur 85 thn), Akifumi san (suami), dan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

 

Gambar di atas ini menunjukkan foster parent yang telah menjumpai anak2 angkat mereka…Foster parents ni adalah bernaung di bawah satu kelab NGO yang dinamakan Hippo Family Club…mereka suka berkenalan dengan pelbagai bangsa dan juga mereka sangat suka untuk belajar bahasa dan budaya baru dan pada mereka setiap bahasa mempunyai nilai yang sama…setiap foster family dibekalkan dengan cd yg mengandungi pelbagai lagu dan percakapan harian dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu, hindustan dll. Persatuan Hippo juga ada di Singapura, US, Korea dll….Ini sama macam Host program yang saya ikuti di Northern Ireland dulu..cumanya mereka ini tidak faham sangat ttg keperluan muslim, tak mcm keluarga angkat di Northern Ireland dulu yang sangat faham keperluan seorang muslim.

 

 

Inilah dia Kasune…kakak angkat saya di Hiroshima

 

Setiap rumah di kawasan rumah Kasune ni mempunyai japanese style garden yang sangat2 cantik…terpukau saya apabila melalui lorong2 kecil kejiranan ini….

 

Ini didepan laman rumah Kasune

 

Keluarga Kasune ini boleh dikatakan berada juga, Akifumi san bekerja sebagai Manager di Prudential…walau dah pencen 1-2 tahun yang lepas, tapi masih terikat secara kontrak…rupanya 10 tahun juga Akifumi san bekerja jauh drpd familinya dan setiap bulan, samada Kasune atau Akifumi san akan balik ke rumah atau dtg ke tempat bekerjanya…Dalam 10 tahun tersebut, convenient store mcm 7 eleven adalah dapur keduanya..hahah….patutlah nampak Kasune sangat berdikari sbb dah biasa menguruskan nenek, anak2 dan rumahnya bersendirian…

 

Rumah Kasune adalah di lorong bukit yangmana didiami oleh keluarga Akifumi san sejak lama dahulu lagi…ada sekali bumbung rumah Kasune ditiup angin ribut taufan semasa Akifumi san bekerja jauh, dan dia dibantu oleh adik angkatnya membetulkan bumbung rumahnya kembali…rumah yang didiami sekarang baru sahaja direnovate…Akifumi san adalah 5 orang adik beradik, dan beliau dipilih untuk menjaga tanah, rumah dan ibunya disini.

 

Ini adalah kurungan untuk Karinji ..anjing mereka, jika tidak dikurug didalam bilik anak perempuan/nenek. Mereka sangat memahami keperluan saya…Karinji ni cuma manja dan nak dgn Kasune…bila hari terakhir saya disitu, anjing tu nampak sangat stress sbb dikurung begitu lama….hmm…lain kali kena cakap betul2 pada agent yg kena mention kita ni beragama islam dan terangkan apa yg tak boleh well in advance, supaya tak ada yg terseksa mcm anjing ni…kesian dia…saya dudukpun tak selesa sbb kesiankan dia…hmm…

 

Ini adalah meja makan dan didepan itu adalah dapur Kasune….sangat kecik aje kawasannya…tp diatur dgn elok…jarang saya jumpa dapur kat tingkat dua, tp disini ya…dapur kat tingkat atas….

 

Perkakas didalam rumah ini adalah high technology punya perkakas…ada dishwasher, kat bilik air ada digital punya temperature control utk bath tub, dalam bilik airpun ada digital clock, selangkah-dua langkah daripada bilik air, tempat dimana nak gosok gigi dan basuh bajupun ada jam…dkt dapur atas oven pun ada jam…mana2lah ada jam…mereka sangat pentingkan masa…..toilet kat tingkat atas ni cuma utk buang hajat sahaja dan ada bidet, siap dgn pemanas seat, cuma takder bunyi aje…yg dkt mana ntah tak ingat siap ada bunyi supaya org tak dengar kita tgh buat apa…oo ye..dkt Goko SHS…

 

Ni masa tgh tunjuk cemana nak pakai kain pelikat dan sarung batik yang saya hadiahkan pada mereka

 

Kasune sdg memakai sarung batik pemberian saya..comelkan…

 

Semasa sarapan pagi….mereka agak moden, sarapan adalah buah pisang, kiwi dan epal, diikuti dengan telur goreng dengan sayur semalam…lepastu disudahi dengan roti bakar disalut kaya dan butter….selalu roti bakar utk diorang setengah aje, tp utk saya diorang bagi satu penuh….hahaha…portion dia tgk badan kot…hahhaha

 

Semasa makan malam – sushi…disebelah saya adalah anak perempuan Kasune yg sdg makan bentonya yg tak habis dimakan waktu tengahari tadi..dia pemudi jepun yang taklah girly sangat…umur 20 bekerja sambilan kot di bandar sementara cari tempat sambung belajar, mcm abangnya yang sedang belajar di Meiji Universiti dalam bidang seni persembahan….oh…darah seni ni sebenarnya dimiliki daripada Kasune dan Akifumi san…mereka berdua dulu semasa sekolah memasuki brass band dimana Akifumi san bermain trompet dan Kasune bermain serunai yang besar (taktahu nama apa)…masa habis sahaja dinner, Akigumi akan berlatih bermain trompet dibiliknya…bunyi yang didengari sangat profesional…dia juga akan mengikut kelas trompet pada setiap hari sabtu pagi….

 

Bunga ada dimana-mana sahaja, walau dalam longkang sekalipun

 

Ini baru sikit kena mendaki…fuhh…sangat teruk bila nak tarik beg seberat 25 kilo ke atas menuju rumah Kasune…hahaha…patutlah semuanya sihat belaka…hasil drpd exercise yang terpaksa dilakukan hari2…Kasune ke pasaraya hari2 menggunakan basikal elektrik, cuma dengan saya sahaja kami terpaksa naik teksi atau bas utk kemana-mana….

 

 

Ini adalah sawah padi kepunyaan jiran Kasune, utk makan anak beranak mereka sahaja…pelik…dalam kejiranan yang padat, tetiba ada sawah padi 2-3 petak yang terjaga rapi…dekat sini kebanyakan golongan suami akan balik daripada bekerja pada pukul 10-11 malam sahaja, Akifumi dah pencen, tp dia ttp bekerja dan balik hanya pada pkl 7 mlm…sungguh mereka ni kuat betul bekerja…pehtu weekend pulak ada aje aktiviti masyarakat yang disertai jika tidak kelas mcm kelas trompet….masa saya ke Miyajima Island, Akifumi san jadi volunteer utk Triathlon disini…maksudnya takde langsung waktu utk diorang lepak2 tgk tv…mcm Kasune pulak sempt tgk tv dlm 15 minit masa sarapan…itupun dia sempat nangis sbb terlalu menghayati drama tersebut….dia bangun utk sediakan sarapan pagi utk suaminya pukl 6.30am kemudian sediakan sarapan utk nenek dan anak perempuan pkl 8.30am, petu ke pasar, petu masak, petu tidur sekejap waktu tengahari (dia perlukan afternoon nap sejak masuk umur 50-an ini), petu sediakan lunch, petu sediakan dinner dan berputarlah kembali rutin tersebut…walau sibuk, tp kerjanya banyak dimudahkan oleh teknologi yang ada dirumahnya…mcm dishwasher dll….Oppa san (nenek) tak langsung dibenarkan memasuki dapur sbb taknak menyusahkan Oppa san sendiri yang dah berusia lanjut….hmm…

 

Bakul sampah…disini selang 2 hari akan ada pemungut sampah dtg utk pungut sampah ini…free of chargepun…setiap kali pungutan adalah berbeza jenis kutipan…mungkin hari isnin kutipan utk plastik dan botol kaca sahaja…hari rabu utk sampah makanan dll….

 

Playground dan tempat tunggu bas…

 

Tram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *