Gambar kenangan masa saya bekerja sebagai Salesgirl di Topten Bahau – kedai jual baju dan kasut di kampung. Tahun 2000 atau 2001. Masa ni waktu cuti semester panjang, jadi perlu bekerja masa cuti semester untuk cari duit top up bayar sewa rumah di universiti. Sedih nak ingat zaman ni dulu. Duit tak berapa ada, makan malam cuma pisang goreng yang dibeli dan disimpan masa rehat solat asar. Kerja masuk pukul 9 pagi, habis pukul 10 malam, jadi kena tinggal di asrama yang disediakan. Cuti yang tak rasa macam cuti sebab bekerja daripada pagi sampai malam. Tapi sedih lagi masa semester 1 tahun 1, pinjaman JPA belum masuk, terpaksa kutip duit syiling lima sen sepuluh sen dalam laci untuk buat beli makan tengahari.  Semua orangpun ada cerita masa hidup tengah ‘susah’. Ia pembentuk jati diri. You are not alone. Hadap sahaja semuanya dan jalan terus. Tapi gambar ni memang tunjuk Malaysia truly Asia kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *