Kenangan terima anugerah fakulti dan universiti

Gambar disuatu masa dahulu, bila Q1/Q2/Q3/Q4/WOS/Scopus/H index masih agak jarang diperkatakan, tidak sehangat seperti di tahun-tahun kebelakangan ini. Terima kasih TNCHEPA UTHM ditatkala itu kerana sudi menyampaikan anugerah-anugerah ini  kepada saya.

Semasa menerima anugerah-anugerah ini, saya sudahpun ada 3 artikel yang telah diterbitkan di dalam jurnal Q1 WOS, hasil penyelidikan PhD saya di Imperial College London. Saya adalah penulis utama bagi ketiga-tiga artikel. Boleh semak semua artikel ini disini.

Ada pada satu ketika, saya tertanya: untuk apa ada semua ini tapi tidak mendatangkan manfaat kepada kumpulan sasaran yang sebenarnya?

Jadi, saya slowkan penulisan dalam artikel journal, saya tumpu pula kepada penulisan buku berbahasa Malaysia serta penerbitan buku berlainan genre.  Dalam pada itu, KPI penerbitan setiap tahun masih boleh lagi dicapai, Alhamdulillah.

Gambar dibawah sekali adalah semasa menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Anugerah Taat Setia sempena 10 tahun bersama UTHM.

InsyaAllah, tahun 2027 nanti saya akan cukup 20 tahun di UTHM, jika umur masih panjang InsyaAllah. Doakan ya, terima kasih.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *