Analisis Tenaga Buruh di Malaysia (Edisi 2011)

Saya baru perasan berkenaan satu perkara. Patutlah bumiputera kurang harta. Ini semua bukan sepenuhnya sebab bumiputera ni bersikap negatif (cth:pemalas), cuba fikir, mana ada orang yg dikatakan dari kaum pemalas boleh buat kerja merbahaya macam polis, bomba dan tentera? Itu semua agenda orang2 yang ingin wujudkan rasa inferiority dalam kaum majoriti ni agaknya. Bila difikirkan balik, bumiputera ni ramai yang kerja kerajaan, sanggup terima gaji sedikit dan risiko kerjanya berhadapan dengan maut (READ: saya tak kata hanya bumiputera sahaja yang kerja kerajaan). Lepas tu dituduh pulak ada sikap yang negatif semua. Memang tak adil. Sebelum berani nak labelkan mana2 kaum dengan apa2 label, kena fikir panjang, kena lihat sejarah, kena lihat keadaan semasa.

Kerja kerajaan termasuk jadi ahli pasukan keselamatan negara. Bila masuk line ni, dah tentu tak ada gaji tinggi, tak boleh sewenang-wenangnya buat bisnes dan jika adapun yang buat, kadar keuntungan buat bisnes part-time tak sama dengan kadar keuntungan buat bisnes yang dibuat full time. Tapi, bila negara dilanda penceroboh, siapa yang dulu kedepan? Businessmen (READ: saya tak kata businessmen adalah bukan bumiputera sahaja) ke atau pasukan keselamatan negara? Jadi, adalah sesuatu yang memang dijangka kadar purata harta bumiputera jadi serendah yang sedemikian, atau bila berbicara tentang statistik mengatakan yang “Bumiputera yang merupakan majoriti di negara ni jadi minoriti dalam ekonomi”, kalau ikut logik akallah. Tapi, berapa peratus sangat lah bumiputera yang masuk line ni? Yang selebihnya kemana?

Ikut Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang terkini keluaran Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk umur bekerja yang berumur antara 15-64 tahun pada tahun 2011 adalah 64.4% (19,326,900 orang). Daripada jumlah ini, 55% adalah bumiputera dan 45.4% adalah melayu. Jenis pekerjaan yang dominan adalah pekerja perkhidmatan dan jualan iaitu seramai 2,495,100 orang. Antara jenis pekerjaan lain termasuk pengurus, profesional, juruteknik dan profesional bersekutu, pekerja sokongan perkeranian, Pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan, Pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan, Operator loji dan mesin serta pemasang dan Pekerjaan asas.

Daripada jumlah keseluruhan bidang yang dominan ini, seramai 749,000 orang (6.1%) bekerja dalam bidang pentadbiran awam dan pertahanan serta aktiviti keselamatan sosial wajib. 10.4% daripada jumlah bumiputera telah menyertai bidang ini (statistik boleh disemak dimukasurat 83 laporan). Lebih ramai bumiputera memasuki bidang pembuatan berbanding bidang pentadbiran awam dan pertahanan serta aktiviti keselamatan sosial wajib ni. Hanya 0.4% sahaja bumiputera yang memasuki bidang aktiviti hartanah yangmana bidang ini dipelopori oleh kaum cina. Seramai 74.1% bumiputera adalah berstatus pekerja, dan cuma 4.1% sahaja bumiputera berstatus majikan. Dalam pada itu, 4.4% bumiputera sahaja yang menjadi pengurus. READ: Kesimpulan perenggan ini adalah arguable sebab ini penaksiran saya sendiri berdasarkan laporan yang dibaca.

Ikut laporan ini juga, 42.3% bumiputera mempunyai kelayakan SPM atau setaraf dan 10.5% sahaja yang mempunyai ijazah. Peratus wanita yang mempunyai ijazah adalah lebih tinggi daripada peratus lelaki yang mempunyai ijazah. Tambahan lagi, 65.6% yang menganggur adalah bumiputera yangmana kebanyakan mereka perempuan yang belum pernah berkahwin dan mempunyai sijil SPM. Rata-rata berumur 20-24 tahun dengan sebab tidak bekerja adalah membuat kerjarumah (jadi surirumahtangga atau tolong mak ayah sebagai contoh kot as tak ada penerangan lanjut). READ: Kesimpulan perenggan ini adalah arguable sebab ini penaksiran saya sendiri berdasarkan laporan yang dibaca.

Berikut merupakan kaum dominan dalam pelbagai bidang pekerjaan di Malaysia (2011):

 

Pertanian, perhutanan dan perikanan – Bukan warganegara Malaysia

Perlombongan dan pengkuarian – Bumiputera

Pembuatan – India

Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara – Bumiputera

Bekalan air; pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan – Bumiputera dan Bukan warganegara Malaysia

Pembinaan – Bukan warganegara Malaysia

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal – Cina

Pengangkutan dan penyimpanan – India

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman – Bumiputera

Maklumat dan komunikasi – India

Aktiviti kewangan dan insurans/takaful – Cina

Aktiviti hartanah – Cina

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal – Cina

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan – India

Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib – Bumiputera

Pendidikan – Bumiputera

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial – India

Kesenian, hiburan dan rekreasi – India

Aktiviti perkhidmatan lain- Cina

Aktiviti isi rumah sebagai majikan -Bukan warganegara Malaysia

Aktiviti badan dan pertubuhan luar wilayah -Bukan warganegara Malaysia

 

6 bidang out of 21, bumiputera yang pelopori, bersamaan dengan 29%. Tapi, as mentioned, ramai yang makan gaji sebagai pekerja sahaja, bukan pengurus.

Jadi, kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan kenapa harta bumiputera sedikit sebab:

1. Ramai yang makan gaji sebagai pekerja dengan bergaji kecil
2. Ramai yang tak ada ijazah
3. Ramai yang menganggur

So, if saya sebagai bumiputera nak maju lagi dan dalam masa yang sama dapat bantu bumiputera yang lain, apa yang patut saya buat?

 

Mac 08, 2013

*Please pardon my writing quality, I will go through it soon

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *