Introduction to business-Google Inc-Case study

Salam,

Tadi saya hadir kursus ni daripada pukul 1pm hingga 4pm, kursus ni buat di SALC5, IC. Penceramahnya adalah Mr.Ebrahim Mohamed, MBA Programme Director di IC Business School.

A good talk I can say. separuh masa dihabiskan untuk dengar ceramah dan separuh lagi untuk kerja berkumpulan.

Kursus ni berkaitan Google Inc, start daripada cerita company ni ditubuhkan pada era 90-an hingga sekarang. Google Inc ni ditubuhkan oleh Larry Page dan Sergey Brin yang tatkala itu sedang dalam pengajian PhD di Stanford University. Mengikut kata penceramah, mereka masih belum habis phd lagi sampai lani sebab kerja kat company diorang ni lagi penting dan buat lg banyak duit. 

Tahu tak, dekat IC ni, berapa tahun yang paling lama yg pernah diambil utk interruption of studies? 35 tahun taken by a singer named giggs camtulah , x berapa ingat plak…tp yerp…mmg lama! hahah… well, to have or not to have, sama je pada diorang ni..for me, no…a PhD worth everything because dah terikat dgn sponsorkan…kolo x dapat, mmg menempah kesusahan sepanjang hayatlah…haiii…doa2kanlah saya lulus dengan jayanya…tq..

Ok, sambung balik dgn founders Google ni. Diorang start bekerjasama dalam project nama ‘Backrub’ iaitu search engine untuk universiti diorang iaitu Stanford University.

Stanford University ni dah menghasilkan ramai innovators dan businessmen yang dah mengubah dunia, teutamanya cara kita berhubung dan berkomunikasi diseluruh dunia yang menggunakan internet. Antara companies yang berjaya adalah Hewlett Packard dan Google nilah..Penceramah ada juga menanyakan soalan, kenapa agaknya university diorang ni dapat menghasilkan ramai innovators yang boleh mengubah dunia. 

Antara salah satu sebabnya adalah pengaruh Alumni. Alumni universiti ni yang terdiri daripada ramai yang dah berjaya mesti memberi balik kepada universiti dalam bentuk fund atau consultation or whatever yang mampulah untuk support innovative enterprises yang baru nak naik di uni ni. 

Macam saya ckp dulu di sinilah yang universiti2 ni takder masalah kewangan sebab dapat support dari alumni. Macam kat IC nikan, ada siap call centre yang upah students untuk call alumni ni utk fund raising. Ada sorang yang saya tak berapa ingat nama dia tp company dia punya revenue $25billion and $1b diserahkan pada Stanford….1 billion tu banyak betul yang boleh dibuat tu…..hmm… Macam si Larry dan Sergey ni plak terima fund $100,000 pada tahun 1998 daripada Sun Microsystems co-founder, yakni Andy Bechtolsheim-alumni stanford. Pada tahun 2000, Google gabung dengan Yahoo! (pun Stanford alumni gak foundersnya) tapi diorang split up kot not long after. Makna kata universiti sangat memainkan peranan yang penting pd penubuhan dan sustainabality of segala companies yang banyak mengubah dunia.

Banyaklah diorang dah keluarkan products mcm Google Mail, blogger, google plus, android, technology, youtube, picasa, google chrome, google drive, google earth dan yang terbaru adalah Google Goggles yang guna image recognition technology untuk cari info tentang paintings, landmarks malahan untk translate languages jugak…

Tapi dalam pada tu ada jugak yang tak berjaya mcm Google Wave, gunanya utk jadi incubator utk orang work together in the net. Macam boleh sms or chatting dan semua interactions tu akan direkod utk later reference. Yang jadi masalahnya adalh privacy, as data yang dimasukkan dalam Google Wave ni accessible to service provider, yakni pekerja Googlelah…business/product ideas boleh dicuri sewenangnya as lani semua presentation or system buidingkan simpan dalam softcopy and kadang2 utk elakkan benda2 penting ni hilang, kita akan guna dropbox or google drive, tp kena hati2 nak simpan data disitu, takut nanti bila ada disimpan innovative ideas dalam tu, kena curi pulak and kita tak tahu cemana cara kena curi tu. tatahu je dah ada org buat apa yng kita nak buat tu. Memang ada terms and condition yang perlu disign up seblm install apa2 software, tp pernah baca x? saya x pernah, main tick je…hmm…sesuatu yang perlu difikir balik lepas ni. Lagi satukan mcm internet banking. Ada participant ni bgtau kat sini dah ada teknologi yang boleh curi data dengan duduk sebelah aje. Cth mcm tgh tunggu tubelah, kan ramai orang, kita buat tak reti kitalah sbb tgh tunggu tubekan, nak buat apa plakkan, duk melangoklah tunggu. Ada mamat sebelah syok main phone tp rupanya dia tgh curi data mcm password segala accounts dalam smart phone kita, bahaya betul kolo macam tu. Isk…

Penceramah ada ceritakan pasal intellectual property oleh @ pada Google (saya x ingat) yang diamalkan di German dah dianggap sebagai pembunuh innovasi sebab kebanyaknnya beranggapan bahawa idea baru yang dibina dari pmbaikan atas idea lama adalah cara biasa utk mengembangkan idea lama tu sendiri. Cuma kita kena hormatlah pada tuan punya idea asal tukan, tu yang perlu IP ni walau dia x support pengembangan idea.

Tahu x , dekat Google punya offices, ada 1 unik punya rule. 20% of engineers punya masa bekerja adalah diberikan kebebasan untuk buat projek yang diorang minat. Contoh hari Jumaat, diorang tk buat kerja asasi diorg tp fokus on satu projek yg betul2lah jadi minat diorang. Banyak product dah dikeluarkan hasil dari projek dalam satu hari ni/20% working time dedicated for projects that interest them. Contoh mcm Gmail, Google News dan Adsense.

Lepastu kat dalam office tu sendiri pulak disediakan facilities cam playground utk pekerja2 ni. Sebab apa playground? Sebab bila kita let our inner child out dengan main inflatable balls ke, main basikal ke apa2 jela yang mendatangkan keseronokan dengan bermain, creativity tu akan tercetus. Ingat tak cerita pasal prank/hack yang saya cerita happens in many top universities ni? Diorang diberi kebebasan untuk buat something yang menarik minat diorang tapi dalam persekitaran yang seronok (sapa yang tak seronok kenakan orangkan?) dan selamat. Bila diorang buat something yang seronok utk kenakan orang lain, diorang akan tergerak utk gunakan pengetahuan/teori yang dibelajar masa dalam kuliah/amali. As prank ni kan anonymous, so diorang berani utk berfikir cara bebas sebab tak diketahuipun siapa yang punya angkara. Tapi dari sinilah segala kreativiti dan inovasi bermula, ditambah pulak lagi dengan kewangan yang kukuh utk bawa sesuatu idea tu lebih jauh. Nothing can stop them from being successful.

Penceramah ada cerita pasal satu company besar ni yang bina satu bangunan 25 tingkat. Maksudnya jumlah syarikat yg berofficekan disitu adalah 23 buah. Lagi 2 tingkat lagi dikhaskan utk gym, playgrounds, tpt lepak, or common roomlah senang ckp, dan juga bedrooms! sumer ni disediakan utk membolehkan kesemua syarikat ni connect and communicate together in a fun way, sbb daripada communication nilah idea2 baru dpt dihasilkan. Yang diperlukan adalah platform utk semua ni berlaku.

Lagi satu, penceramah ada juga utarakan yang beza antara cara bekerja europeans dengan americans adalah ada ke tak ada job descriptions. Orang amerika tak perlu sebarang job description mcm europeans, tak perlu sekat creativity dengan semua tu. Cth Google founders ni takderpun sesiapa yg arahkan utk diorang buat tu buat ni psl company ni. Semuanya berdasarkan keputusan diri sendiri, yang diperlukan hanya support dan selalunya dalam bentuk kewanganlah. Berbeza di UK dan M’sia. Mesti ada chain of command baru satu2 kerja jalan. Ada idea je, kena tanya dulu, boleh buat tak? Kolo dah buat pulak, yang dpt nama ketualah…bukan tuan punya idea tu sendiri. Lpstu, mesti ada arahan tentang apa yang perlu dibuat dan siapa ynag bertanggungjawab atas satu2 perkara. Top-down management, we can see everywhere. Macam saya cerita pasal potential of waste of talents sebab personaliti yang berbeza tulah. Kita perlu dibenarkan untk jadi diri sendiri utk buat satu2 perkara, bebas utk mempergunakan sebaiknya talent yang ada. Tak perlu nak minta izin dulu seblm buat apa2. Yang diperlukan utk control semua ni adalah Inspiration. Reason why we want to do a thing/a job for dan 20% time allocation tdlah. Cara macamana nak buat satu2 kije tu- tak perlu dipaksa guna apa2 method, tapi sebaliknya kena ikut tuan punya badan yang buat kerja tu.

Tapi London/uk dah mula dapat perhatian dari americans, sejak olimpik habis, kira macam masa olimpik ni londoners showed their un-taped potential dari segi music, project management dan macam2 lah. Lani di Hertfordshire, Warner Bros. dah buka satu studio di tpt Harry Potter punya pengfileman.

Uni di Eropah ni, semuanya research-based, berbeza dgn uni di amerika yang lebih pada innovation-based. Walau RnD mmg sgt penting tp ia jadi no.2, guna utk support/sustain innovative ideas, instead of kena buat segala mcm research dulu baru keluar satu2 produk. klu nak buat research nikan perlu jangkamasa yang agak panjang, tp produk yang berasaskan internet mcm search engine (Google, Yahoo dll) dia punya life cycle is very short. Baca kursus soft skill diambil masa saya 1st year dulu. Dulu Microsoft ambil 2 dekad utk cpi tahap tepu, lps tu datang Yahoo!, google dll yang always compete with each other buatkan satu2 product tu cepat basi. Tak mustahil 5 tahun dari sekarnag ni ada search engine-based companies yang boleh keluarkan application utk bina smart homes/cities/world (smart home:start dari tv,washing machine, kipas,lampu, kitchen segalalah dlm rumah boleh diintegratekan dalam satu system yang dioperate melalui remote control @whatsoeva) yang akan out-done segala product yang Google ada waktu skang ni pulak.

Google dapat duit dari iklan, bukan dari user. Macam channel tv1/2/3 laa…users kena tgk iklan lama2 sebab pengiklan ni yang bayar utk dptkan movies/drama yang ditonton. Macam Astro, kita bayar siaran dia tiap bulan, tu yg commercial free, tp masih ada jugak terselit iklan satu duakan..hmm….kiri-kananlah dia dapatkan. Cemana nak bayar ad ni ke Google? guna GoogleAdwords. Kat situ boleh pilih keywords, bajet dan kat mana ad kita tu nak diletakkan. Sekarang ni cara marketing mmg dah berbeza dengan adanya google. Kitakan dah agak jarang dah tgk tv, tgk youtube supaya kita boleh pilih ikut selera nak tgk apa/adanya siaran astro yang commercial free, maknanya salah satu channel utk iklan dah tertutup. Lagipun google offer unlimited access and visibility pd compny kita yang meliputi satu dunia yg connected.

Strategi yang digunakan oleh google ni hingga dia berjaya adalah dengan hasilkan banyak complementary products utk support search engine diorang ni, instead of satu sahaja. Lagi satu, dia x ambil duit pengguna, tp dia mungkin akan gunakan information utk tarik pengiklan utk guna product diorang, yangmana info tu sumer mungkin digathered dari user tu sendiri. Yelah, cth, google perlu sustain pengguna yang ramai utk tarik pengiklan, lagi ramai user yang guna searh engine google, lagi ramai yg akan nmpk/klik iklan yang disediakan. In order to sustain that interest, kena ada info yang menariklah. resource google adalah info from user yang ramai tdlah, cthnya info tu sumer dimanipulate utk buat marketing analysis or whatevala…kat sini ada satu branch business yang mungkin berpotensi utk diexplore yakni seblm ni fokus pada service yang content-based, bila ada analisis dibuat dari info dari user, kemungkinan service boleh ditailor ikut individual interest-based pulak. 

Cth, ada satu drama kat sini yang dah buat/imaginepun benda ni. Ada sorang lelaki mati, awek dia sedih sgt dan berharap sgt supaya dia dpt berhubung, dengar suara dan berjumpa balik dgn pakwe dia yg dah mati tu. Ada sorang minah ni approach dia, and ckp u can do all of that by just signing in in this website. so, diapun try…mula2 chat lps tu call, pastu last sekali berjumpa. Tahu x cemana benda tu sumer boleh diadakan? Cth mcm kita chatting, sms, skype, email, video sejak kita mula kenal internet sampai habis umur, sumer tu yang accessible tru internet, digabungkan dlm satu website dan dimanipulate untk membolehkan kita di’cipta’ semula. Yang boleh jumpa tu pulak skang ni dah adapun buat mcm tu guna holograms…isk…banyak risikonya if benda camni ditakdirkan berlaku dimasa depan….boleh menyesatkan kalau tak berhati2 dan tak berfikir panjang…Nauzubillahiminzaliq. Saya xtgkpun drama tu, cuma tgk iklan dia je…tp dah dpt grab idea dia cemana…yelahkan, skang ni tgk, social life kita daripada satu hari dulu yng perlu secra fizikalnya berhubung melalui telefon atau bertemu utk tahu perkembangan masing2, skang ni xyah dah…semua tru fb je….cuba bygkan berapa ramai orang dlm dunia ni yang connected dan dah sudah digitize sendiri kehidpuan masing2….Masa ni, bertambahlah revenue diorang, berbanding dengan revenue skang yang bergantung pada syarikat pengeluar, yakni a group of people.

Skang ni revenue Google dah melebihi banyak syarikat2 lain cth cm amazon,, yahoo, oracle, sap, namun microsoft dan apple ttp mendahului. Dia punya company mission adalah utk digitize everything in the world. Bayangkan ek, kita tak perlu keluar bekerja diopice satu hari nanti, kita bole buat kije dimana2 shaja sbb everything is accessible through the net.

Lepas dgr ceramah ni, ada short break dan lepas tu kena berbincang psl satu group work ni yang gunakan The Business Model Canvas macam kat bawah ni. Lihat Spreadsheet utk canvas ni. Penceramah ada bincang pasal universities yang bagi free education guna video, cth mcm Sal Academy, tp ni non-profit punya. Ada a few universities yang gunakan google utk create and strengthen their brands dgn bagi free introduction to many intersting subjects, tp in order to know more, u have to paylah. Clever.

Satu lagi exercise adalah to rank the values in order to their importance to Google’s long term success, say 20 years from now. Values:

  1. Focus on the user and everything else will follow
  2. Its best to do 1 thing really, really well
  3. Fast is better than slow
  4. Democracy on the web works
  5. You don’t need to be at your desk to need an answer
  6. You can make money without being evil
  7. There’s always more info out there
  8. The need for info crosses all borders
  9. You can be serious without a suit
  10. Great isn’t good enough

Lepas collect results dari 5 kumpulan, hasilnya yang no. 1 dan 8 adalah popular choices yg diberi keutamaan.

Penceramah wrapped up the day dgn bgtau yng kami semua pelajar phd ni kena ambil iktibarlah dari dan mcm mana startnya Google ni, yakni dari projek kecik yang diusahakan oleh pelajar phd sendiri. Fakta tu perlu dijadikan sebagai satu inspirasi utk berjaya dlm business.

Feb 06, 2013

 

*Please pardon my writing quality, will get to it soon

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *