Ada sebuah masaelah

Pada hari Rabu minggu lepas, saya telah hadir untuk salah satu ‘Transferrable Courses’ yg bertajuk “Negotiation Skills” bersama lebih kurang 20 pelajar PhD yang lain. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan yangmana perlu memainkan peranan sebagai ‘team management’ dan ‘team researcher’ yang bermesyuarat untuk mencapai satu persetujuan. Saya adalah salah seorang daripada ‘team researcher’.

‘Mock meeting’ tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana hendak menyampai dan mencapai niat secara diplomasi dengan rundingan. Kami diberi satu masalah dan dikehendaki mencari solusi terbaik yang dipersetujui secara total oleh kedua-dua kumpulan.

Masaelahnya begini: ‘team researcher’ sedang menyempurnakan satu kajian utk menghasilkan ‘cathalic converter’ dimana kajian ini telahpun mengambil masa selama 18 bulan dan team kami perlukan lebih kurang 24 bulan lagi untuk dikeluarkan ke pasaran. Namun ‘team management’ membuat keputusan untuk ‘pull the plug’.

Jadi kami perlu bermesyuarat dengan berpandukan kaedah dan analisis yang telah diberikan pada awal waktu kursus. Setiap team diberikan masa untuk melaksanakan ‘pre-meeting’ sesama ahli kumpulan sebelum perjumpaan sebenar dengan team yang satu lg.

Saya akui, saya mempunyai kekangan untuk mengutarakan idea dalam bahasa inggeris sebaik dalam bahasa malaysia. Dulu, masa perbincangan kumpulan di peringkat master, saya memang terkenal sebagai ‘devil advocate’, kerana suka membangkang (kdg2 queen control juger…) namun bila saja perbincangan dalam bahasa inggeris, lidah seperti kelu dan otak seakan beku. Itulah yang terjadi pada saya semasa perbincangan kumpulan pada hari tersebut. Saya cuba untuk jadi aktif dalam mengutarakan idea, tapi gagal menyampaikan idea tersebut dengan baik, lain yang difikir, lain yang keluar daripada mulut.

Bila berhadapan dengan jenis ahli kumpulan yang berpersonaliti ‘you are wrong, I am always right’, saya jadi kelu dan tak mampu melawan sedangkan topik yang dibincangkan bukanlah seberat mana dan tidak memerlukan PhDpun untnk memahami topik tersebut. Ia cuma memerlukan cara bawa diri yang lebih positif, setidak2nya oleh diri saya sendiri. Dan hasilnya, ‘team researcher’ kami telah kalah dalam mesyuarat tersebut.

Tapi sebenarnya tidaklah kalah, cuma perbincangan tersebut jadi lebih terbuka kepada beberapa pilihan yangmana menuntut lebih masa untuk dibincangkan.

Pada pandangan saya, mesyuarat ini tidak sepatutnya diadakan pada awalnya. Setiap kajian/projek perlu ada tempoh masa yang ditetapkan untuk mencapai satu2 matlamat. Masa tersebut telah sepatutnya dipersetujui pada peringkat awal lagi dan telah ditetapkan untuk ‘team researcher/contractor’ untuk menghabiskan kajian/kerja masing2. Contohnya, ‘marketing research’ perlu dilaksanakan oleh pihak ‘management’ utk menentukan bila produk perlu dikeluarkan, yangmana berkait rapat dengan ‘Life Cycle Analysis’ utk produk tersebut. Pihak ‘management’ perlu memutuskan pada peringkat optimum mana yang sepatutnya produk tersebut dikeluarkan, dan keputusan tersebut akan diutarakan kepada pihak ‘researcher’ utk dijadikan ‘milestone’ terakhir dalam timeline mereka utk menghasilkan satu2 produk.

Tapi, layaknya mesyuarat ini dilaksanakan seperti pasaran produk itu telahpun mencapai tahap tepu pada waktu tersebut, dan pihak ‘management’ telah mengambil keputusan untnk menghentikannya dipertengahan jalan. Perbincangan ini telahpun jadi berat sebelah, dimana situasi pihak ‘researcher’ telah disetkan dari awal untuk menjadi seakan gagal, samada gagal mencapai matlamat dalam jangkawaktu yang ditetapkan atau gagal disebabkan oleh maklumat yang salah oleh pihak ‘management’ dalm memberikan jangkawaktu. Akhirnya, pihak ‘management’ mengutarakan idea untuk ‘re-structuring’ dimana dua lagi pilihan produk yang baru (yangmana mereka percaya akan menjadi produk2 yang terhebat dipasaran) perlu dilaksanakan oleh pihak ‘researcher’. Ini bermakna kami perlu dipecahkan kepada 2 kumpulan yang lebih kecil untnk mencapai matlamat tersebut. Ini menuntut waktu yang lebih untuk ‘team researcher’ berfikir dan memberikan jawapan, lantas pengelola kursus menghentikan ‘mock meeting’ disitu.

Bila saya gagal dlm perihal tersebut, ia sgt mengganggu jiwa sampai saya terfikir sendiri, adakah saya layak untuk menghabiskan PhD saya di bumi inggeris ini? Saya terasa saya seperti bodoh. Jelas, saya mengalami rasa rendah diri yang ‘extreme’ hasil dari kegagalan tadi.

Lalu, saya bertanya pada senior dari Korea, katanya hingga ke tahun 4 inipun, dia masih mengalami masalah yang sama. Teorinya; pendidikan org Asia adalah jauh berbeza dari org disini. Kita banyak dididik untuk mendengar dan menerima, tapi mereka disini dididik untuk mempersoal dan membincangkan. Contoh paling mudah, lihat saja cara mereka menyusun bilik darjah. Mereka disini menyusun kedudukan meja agar hadap-menghadapi dan membentuk seperti bulatan atau segi empat. Kita di Malaysia; menyusun atur kesemua meja menghadap ke arah guru. Jadi, kesimpulannya isu perbezaan budaya didikan ini adalah sesuatu yang normal, setidak-tidaknya bagi pelajar antarabangsa seperti saya dan dia.

Begitu juga dgn isu bahasa. Kita biasa mengutarakan sesuatu dalam fikiran menggunakan bahasa kita yang sudah digunakan selama umur kita. Adalah menjadi suatu kepayahan bila kita mula menggunakan bahasa selain daripada bahasa tersebut. Saya mempunyai masalah untuk memikirkan perkataan terbaik dlm bahasa inggeris untuk menterjemahkan apa yang ada dlm fikiran saya tatkala sebarang perbincangan sdg berlangsung. Ini bukanlah bermaksud saya tidak pernah berbahasa inggeris sebelum ini, pernah. cuma bukan kebiasaan.

Kesimpulannya, kegagalan pada hari itu adalah sesuatu yang normal dan saya patut melihatnya daripada sudut yang positif. 

7 November 2010R

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *