Pengurusan Kewangan Perniagaan Bukan Sekadar Untuk Tahu Untung atau Rugi

Ramai usahawan kecil dan pemilik perniagaan masih merekod jualan dan perbelanjaan secara manual atau sekadar menyimpan resit di dalam fail.

Hakikatnya, pengurusan kewangan yang baik adalah salah satu asas penting dalam sesebuah perniagaan.

Atas sebab itu, saya menggunakan sistem perakaunan untuk merekod transaksi perniagaan secara berkala. Setiap jualan, pembelian, perbelanjaan dan bayaran direkodkan ke dalam sistem.

Hasilnya:

✅ Rekod kewangan lebih tersusun
✅ Mudah mengesan aliran tunai (cash flow)
✅ Profit & Loss (P&L) boleh dijana secara automatik
✅ Penyata kewangan boleh disediakan dengan lebih mudah
✅ Memudahkan proses audit dan semakan rekod
✅ Memudahkan permohonan pembiayaan atau geran pada masa hadapan

Yang paling penting, rekod kewangan yang baik membantu proses pengisytiharan cukai kepada LHDN.

Sebagai penjawat awam yang turut mempunyai perniagaan sendiri, kedua-dua sumber pendapatan perlu diisytiharkan kepada LHDN melalui Borang B kerana terdapat pendapatan perniagaan selain pendapatan penggajian.

Pendapatan yang perlu diisytiharkan termasuk:

🔹 Pendapatan penggajian sebagai penjawat awam
🔹 Pendapatan perniagaan sebagai pemilik perniagaan

Borang B digunakan oleh individu yang mempunyai pendapatan perniagaan seperti pemilik perniagaan milikan tunggal, freelancer dan individu bekerja sendiri. Tarikh akhir pemfailan biasanya adalah pada 30 Jun setiap tahun atau 15 Julai bagi e-Filing.

Dalam sistem percukaian Malaysia yang menggunakan konsep self-assessment, tanggungjawab mengira dan mengisytiharkan pendapatan terletak pada pembayar cukai sendiri.

Perniagaan yang baik bukan hanya tentang menjana pendapatan.

Ia juga tentang tadbir urus yang baik, rekod yang teratur dan pematuhan kepada peraturan.

“Good financial records are not merely for accounting purposes. They are part of good business governance.”

#KewanganPerniagaan #LHDN #BorangB #SME #UsahawanMalaysia #Audit #FinancialManagement #Perniagaan #SSM #Entrepreneurship

Business Financial Management Is Not Just About Knowing Whether You Made a Profit

Many small business owners still record their sales and expenses manually or simply keep receipts in a file.

In reality, proper financial management is one of the most important foundations of a sustainable business.

That is why I invested in an accounting system to record business transactions systematically. Every sale, purchase, expense, and payment is entered into the system regularly.

As a result:

✅ Financial records are more organised
✅ Cash flow can be monitored more effectively
✅ Profit and Loss (P&L) statements can be generated automatically
✅ Financial statements can be prepared more efficiently
✅ Audit preparation becomes much easier
✅ Loan, financing, and grant applications are better supported by proper financial documentation

Most importantly, good financial records facilitate tax declaration and compliance with the Inland Revenue Board of Malaysia (LHDN).

As a public servant who also operates businesses with the approval of my employer, both sources of income must be declared to LHDN through Form B, as it is intended for individuals who have business income in addition to employment income.

This includes:

🔹 Employment income as a public servant
🔹 Business income as a business owner

Form B is used by individuals with business income, including sole proprietors, freelancers, and self-employed individuals. The filing deadline is generally 30 June each year, with an extension typically granted for e-Filing submissions.

Malaysia adopts a self-assessment tax system, meaning taxpayers are responsible for accurately calculating and declaring their own income.

Good business management is not only about generating revenue.

It is also about maintaining proper governance, organised records, and compliance with regulatory requirements.

“Good financial records are not merely for accounting purposes. They are part of good business governance.”

#BusinessManagement #FinancialManagement #Accounting #LHDN #TaxCompliance #FormB #Entrepreneurship #SME #BusinessGovernance #Audit #MalaysiaBusiness

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *