Alhamdulillah atas rahmat Allah swt.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan untuk pencapaian ini.
Ada orang hantar permohonan sekali dua sahaja sudah berjaya, saya pula 5 kali percubaan dalam selang masa 6 tahun barulah berjaya.
Ini semua ikut rezeki masing-masing. Yang penting usaha diteruskan. Trust the process. Proses untuk mendidik jiwa agar sabar dan istiqamah.
Saya hantar permohonan kali pertama pada tahun 2018, gagal sebab tak cukup syarat.
Saya pergi cuti belajar postdoc selama 2 tahun pada 2019-2020, namun proses permohonan masih berjalan, dengan bantuan pihak pejabat. Namun dua2 tahunpun diberitakan gagal juga kerana masih tak cukup syarat.
Balik cuti belajar tahun 2021, hantar sekali lagi permohonan dan berjaya dipanggil untuk temuduga kali pertama kerana sudah cukup syarat, namun gagal semasa sesi temubual.
Patah hati, demoralised selama 2 tahun pada 2022-2023, jadi saya tak hantar sebarang permohonan dalam kedua2 tahun ni. Sibukkan diri dengan mencuba pelbagai skill dalam pelbagai bidang, luar dan dalam bidang sendiri. Contohnya tanam dan jual cili, tulis dan jual ebook, terbitkan buku sendiri, explore Amazon dan eBay, create dan maintain personal website, belajar photoshop dan video editing, jual emodule di Udemy, jadi agen emas, terbit buku di DBP dan sebagainya. Dipejabat juga saya diamanahkan bawa tugas2 yang boleh menambah pengetahuan berkenaan pengurusan akademik.
Alhamdulillah, tahun 2024 saya hantar sekali lagi permohonan dan telah dipanggil temuduga buat kali kedua, barulah berjaya. Mungkin berkat usaha mencari diri sendiri, juga doa suami dan anak serta sokongan dan doa para senior dan sahabat disekeliling, luar dan dalam media sosial.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Masih panjang lagi jalannya ni sebab Prof Madya maksudnya professor yang belum cukup, insyaAllah akan dicukupkan sebelum pencen 16 tahun lagi, dengan izin Allah SWT.
Terima kasih UTHM.