Post ini menceritakan tentang kehidupan seharian saya sebagai seorang ibu, isteri dan staf postdoctoral di Imperial College London pada 2019-2020.
Selalu dalam pukul 6 am mesti Aisyah bangun sambil nangis nak susu. Saya bangun buatkan susu dan Aisyah akan terus tertidur semula. Dalam pukul 7-8 macam itu saya bersiap-siap untuk bekerja, sudah saya siap Aisyah mesti akan terbangun. Kemudian saya siapkan sarapan Aisyah dulu, potong buah atau buatkan roti dengan peanut butter dan tukarkan pampersnya. Kemudian sambung bersiap pakai tudung dan relaks sekejap nak tunggu bas samada pukul 7.40 atau 8.30 am.
Sambil tunggu nak turun rumah untuk naik bas, saya sempat baca buku, tengok tv atau baca Al-Quran, browse internet atau selfie dengan kesayangan mama diatas sofa.
Dah sampai masa, saya bersalaman dengan Aisyah dan Man, mereka hantar saya sampai dipintu sebab saya tiada kunci. Sayapun turun tingkat 1, tunggu bus di tepi kedai Costcutter. Bila bas sudah sampai, saya tunjuk kad pengenalan, saya sebut saya staf dan ucap good morning barulah naik ke atas bas, selalunya saya palig awal naik bas, jadi kena tunggu sementara bas cukup masa untuk jalan.
Saya turun bas di tepi library, kemudian saya jalan melintas padang tepi Queens Tower, lalu menghala ke City & Guilds Building, keluar ke Exhibition Road, melintas jalan menuju ke Prince’s Gardens, kemudian terus ke Weeks Building. Saya touch card dipintu luar, masuk ke ruang yang agak berbau, touch kad lagi, terus ke lif naik tingkat 3. Touch lagi kad nak masuk ke tingkat 3 punya ruang. Touch kad lagi untuk masuk ke bilik. Huiyoo.. banyak betul kena touch kad. Bayangkan kalau tertinggal kad..hahhaa
Masuk office tengok ada orang ke tidak. Selalu memang tiada orang lagi sebab mereka masuk pejabat dalam pukul 10/11 am atau lagi lambat asbab mereka balik lambat selalunya. Chetna yang akan sampai dulu kalau saya lambat. No 2 Claire dan no 3 Theo. Theo baru submit thesis PhD dan dalam masa yang sama bekerja sebagai research assistant kepada Nick. Chetna coordinator/convenor Msc macam Claire. Nick selalu akan munculkan diri petang dalam pukul 3 pm dan hari rabu adalah hari yg sibuk di CEP sebab ada banyak talk/seminar. |
Sampai office, saya buka baju sejuk, duduk di kerusi, on kan desktop sambil tengok phone. Kemudian buka youtube dengar lagu sambil buka balik page yang dibuka semalam. Sambung membaca balik. Selalunya pagi2 ni memang sesuai nak membaca sebab tiada orang, atau kalau datang mood nak menulis blog, ikutkan saja dulu bagi selari dulu hati. Hari ini terbalik. Saya buat blog pkl 1 pm masa lunch sebab mata mengantuk sangat, malam tadi bangun pukul 2 am tidur balik pukul 4, bangun balik pukul 5 dan mandi pukul 7am.
Inilah pemandangannya kalau waktu summer. Cantik tapi siaplah lepas itu terbersin sebab pollen yang dibawa angin masuk hidung dan mata, campur air pollution lagi. Saya kena hay fever sudah dekat sebulan lebih, batuk teruk dan bersin. Saya tak perasan saya hay fever, ingatkan cuma stress sahaja. Bila borak dengan Chetna, diapun ada hay fever dan kami bercerita tentang pollen yang banyak sekarang ni. Barulah saya terperasan…haahlah…saya sedang mengalami hay fever. Claire lama sudah tegur saya, katanya tak sihat betul awak ni.Jadi semalam saya terus beli antihistamine, ubat alergi dan Alhamdulillah, kurag sikit bersin tapi batuk masih ada, cuma tidaklah teruk sangat macam sebelum ini Alhamdulillah.
Petang sampai rumah, rehat-rehat dan bermain dengan Aisyah, kemudian tidurkan dia. Selepas tu sayapun sambung baca buku sampai malam. Suami saya Man balik kerja dalam pukul 12.30 am macam itu. Lebih lambat daripada itupun ada juga kadang-kadang. Dia perlu bekerja sambilan di luar waktu puncak untuk support perbelanjaan kami bertiga di London yang sara hidupnya sangat tinggi. Biasiswa yang saya terima sebulan adalah GBP1200, sama dengan kadar sewa rumah. Dapat saja biasiswa, terus bayar sewa rumah, tiada baki. Baki gaji bulanan saya dicampur dengan elaun keluarga daripada universiti dapat lebih kurang GBP300-350. Dengan duit inilah dipusing untuk makan, minum, elektrik, air, internet, dan lain2 kos hidup kami bertiga selama sebulan, itulah sebab suami kena bekerja secara part-time di Education Malaysia, Restoran Warisan (dulu digelar Restoran Bonda), juga kadang-kadang suami terima job hantar dan ambil parcel dari/untuk orang Malaysia di keliling UK. Sebab suami cumalah peneman saya, jadi beliau tak boleh bekerja secara full-time kerana ia menyalahi undang-undang. Pendapatan kerja part-time ni biasalahkan, tak banyak dapatpun tapi Alhamdulillah mencukupi untuk tambah elaun sedia ada. Kalau hari Man tidak berkerja, saya rilekslah sikit, balik pejabat boleh terus rehat. Kalau tak, Aisyah mesti akan kena marah sebab saya letih dan sekarang pula dia dalam fasa banyak tanya ‘ni apa?’ . Comel.
Rutin ini berlangsung tidak lama, sebab Aisyah umur 3 tahun sudah wajib ke sekolah daripada pukul 8am -3pm. Jadi kami suami isteri bergilir untuk hantar dan ambil Aisyah pergi dan balik sekolah setiap hari. Sekolah Aisyah tak jauh dari rumah kami dan boleh berjalan kaki sahaja.
Itu sahaja perkongsian harian kehidupan semasa kami di London. Sekian.