Ilmu dan Soft Skills

 – Tanda orang berilmu adalah pada watak dan adabnya, bukan pada sijil dan kerenahnya.
 – Sikap orang berilmu tersingkap pada kematangan mindanya bukan kepetahan pada bibirnya.
 – Resam orang berilmu adalah semakin tunduk, tandanya semakin berisi.
 – Semakin berilmu, tinggi amalnya tetapi rendah lagaknya.

Nak ada ilmu, tak perlu ada sijil bertingkat-tingkat, cuma kena ada sikap ingin tahu dan ingin belajar. Belajar bukan hanya di sekolah/universiti sahaja, persekitaran yang luas, pekerjaan sehari-hari, rutin dirumahpun mampu memberi ilmu sekiranya kita berusaha nak mencari dan membuka hati untuk menerima ilmu tersebut.

Yang menarik perhatian saya pada permulaanya kata-kata mantan VC UTM ini adalah berkenaan ‘kepetahan pada bibirnya’. Memang spot on lah dengan apa yang saya fikirkan. Tak perlu nak menjadi seorang yang petah bercakap untuk ‘tunjuk pandai’, yang penting untuk menyelesaikan satu-satu kerja adalah tindakan dari pemikiran yang matang.

Kadang-kadang ada yang jenis bercakap dahulu, berfikir kemudian. Ada juga jenis yang sangat perlu untuk mengeluarkan pendapatnya secara lantang supaya semua orang ikut cakap dia. Ada juga yang suka merendah-rendahkan pendapat orang lain untuk menunjukkan dia berkuasa. Saya kurang suka pada manusia jenis2 yang semacam ni masa dalam soft skill classes ni sebab kebanyakan masanya, jenis ini hanya boleh dipegang pada kelantangan kata-katanya, bukan kualiti buah pendapat dan hasil perbuatannya. Kalau dia cakap serupa bikin, oklah, tiada masalah untuk buat kerja bersama, tapi kalau jenis yang macam tin kosong, aduhai…sakit hati dan sakit telinga menengok dan mendengarnya…jenis-jenis yang macam ini memang tak tahu menghormati masa orang lain yang sangat berharga sebab dia memaksa kita mendengar dia menggosok egonya dengan pengeluaran perkataan-perkataan yang kurang difikirkan sebelum dikeluarkan.

Pada pemerhatian saya, bila seseorang tu banyak bercakap (sambil menggosok egonya), dia akan menggunakan tenaga lebih untuk mengeluarkan suaranya daripada berfikir dan dia akan hilang ‘pegangan’ pada ‘persekitarannya’, dan hasilnya ‘ilmu’ yang boleh diambil daripada persekitarannya tidak dapat digarap.

Berbeza dengan orang yang memerhati dahulu situasi, mencari ‘ilmu’ yang boleh digarap daripada persekitaran, kemudian berfikir samada pendapat yang akan dikeluarkan itu relevan atau tidak dengan persekitaranya, maka selalunya pendapat yang akan dikeluarkan kebanyakannya adalah matang dan bernas.

Sebenarnya sayapun selalu terlanjur kata disebabkan kenaifan saya, dan selalunya kesilapan itu tak dapat diundur jadi sekarang ni saya berusaha untuk berfikir dahulu sebelum bercakap.

Saya perhatikan di soft skill classes dan summer school activities, ada 2 jenis sifat yang dilakonkan oleh ahli dalam setiap kumpulan. Satu yang reserved (introverts) dan dua yang banyak bercakap (extroverts). Saya tulis ‘dilakonkan’ sebab saya fikir setiap orang ada pilihan untuk bawa watak yang mana satu sebelum masuk satu-satu kumpulan tu. Disini, ramai yang jenis banyak bercakap. Bercakap dahulu, berfikir kemudian. Memang kebanyakan masanya dah sifat kumpulan itu sebegitu sebab perlu lontaran idea, jadi just throw ideas then kita fikir mana yang elok.

Selalunya dalam soft skill classes ni, yang extroverts akan mengepalai satu-satu kumpulan, atas sebab kumpulan ni selalunya dibentuk adhoc dan ahli kumpulan adalah pertama kali berjuma, jadi tak kenal sikap dan tahap kecekapan masing-masing. Siapa yang banyak bercakap, dialah yang akan menentukan hala tuju kumpulan masing-masing. Siapa yang kurang bercakap, dia akan dilihat sebagai pak turut sahaja. Dalam kebanyakan classes disini, saya selalu tergolong dalam golongan pak turut ni, atas sebab sikap saya yang pendiam dan atas sebab kumpulan tu dibina bersifat sementara. Untuk kumpulan yang benar-benar wujud macam TMS, saya telah dan akan mainkan watak seorang extrovert atau introvert, bergantung kepada urgency and nature of the matter.

Masa summer school dulu, kami dimasukkan dalam dua kumpulan yang berlainan. Kumpulan pertama, pertama kali berjumpa dan kumpulan kedua dah 2 hari berjumpa. Kumpulan kedua ni yang saya perasan adalah kumpulan yang mempunyai sikap yang sama, iaitu samada extrovert (banyak cakap) atau introverts (kurang cakap). Dalam introverts punya kumpulan ni, ada pulak yang jenis happy2 banyak cakap, yang jenis secretive sangat, dan jenis yang very loose atau very strong dalam mengutarakan dan mempertahankan pendapat. Dalam kumpulan extroverts, tak dapat diperhatikan sebab saya tak masuk dalam kumpulan tu. Adanya dua kumpulan ni, ia membolehkan kami explore jenis sifat/sikap sendiri dan melihat persamaan atau perbezaan dengan sifat/sikap orang lain dan memilih mana satu sifat/sikap terbaik dalam diri sendiri yang perlu ditonjol atau disimpan dalam satu-satu situasi.

Masa buat master dulu, saya mengutarakan pendapat dalam satu2 kumpulan bertujuan samada untuk memastikan idea saya diikut atau memastikan kumpulan tu tak terbendung dengan satu idea sahaja dengan jadi devil advocate. Masa di MMDC memang takde peluanglah sebab selalunya meeting dengan mereka yang ada 20-30 tahun pengalaman, selalunya lepas meeting tu saya jadi coordinator dengan bahagikan kerja ke colleagues yang lain. En.E ada cakap yang skill membahagi kerja ni sangat penting, lagi tinggi naik career ladder ni, lagi kurang keperluan untuk micro-manage.

Masa buat PhD, saya mengutarakan pendapat untuk to get things going. Selalunya saya akan start bagi pendapat dahulu, tapi bila berhadapan dengan satu-satu problem-based learning, saya akan mula reserved balik sebab saya perlu masa untuk faham dan fikirkan strategi untuk tackle satu-satu masalah tu. Tambah pula kalau ada ahli kumpulan yang menyemak mata dan telinga saya, lagilah saya tak amik pot. Jadi, makanya orang lainlah yang akan grab my initial spot. As kumpulan yang dibentuk selalunya bersifat sementara, so saya taklah bersikap territorial (queen control) sangat. Selalunya saya grab ilmu dari persekitaran dengan memerhati, mengolah dan menyesuaikan apa yang saya lihat dengan sifat saya dan keperluan yang saya fikir memungkinkan untuk saya menggunakan ilmu yang dilihat.

May 07, 2013

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *