Semalam saya pergi ke Cambridge University dan satu historic town yang berdekatan iaitu Ely (sebutan: ee-li). Visit ini dianjurkan oleh International Office, IC untuk international students di IC dengan bayaran sebanyak £35. Saya belum pernah sampai ke sini, jadi memang baguslah dapat pergi tengok apa yang ada di universiti ini. Well, untuk universiti yang sudah berusia 804 tahun, banyaklah sejarah yang sudahpun terlakar disini. Universiti ini merupakan universiti no.4 tertua dan masih beroperasi di dunia. Yang pertama adalah University of Bologna (sebutan: bo-lo-nia) (925 tahun), kedua adalah Oxford University (917 tahun), ketiga adalah University of Paris (863 tahun) dan keempat Cambridge University. Ramai para ilmuan mereka yang dididik di universiti ini termasuklah Charles Darwin (teori evolusi), Isaac Newton (Newton’s law of universal gravitation), Stephen Hawking (kosmologi) dll. Saya pasti ilmuan islam kita lebih ramai tapi tak disebut disini sebab universiti ini ditubuhkan zaman dahulu untuk mendidik priests yangmana justify the architectural design of this university. Ranking uni ni didunia pada tahun 2012 mengikut QS World University Ranking adalah no. 2. M.I.T. no.1, Oxford no.5, Imperial College London no.6 . Untuk ranking universities yang lain, bolehlah ke website QS tu ok.
Perjalanan dari London pd pukul 7.50am, bus tunggu di depan Natural Historic Museum dan bergerak lebih kurang pkl 8.30 am macm tu. 2.5 jam diambil untuk sampai ke Cambridge, yangmana perjalanan tu dirasa agak singkat sebab tourguide bagi quiz, saya tak suka betul mula2 as dia paksa buat group (saya pegi sorang2) dan paksa fikir (walau dia cakap sukarela, tapi bila ada orang kata taknak dia guna cara lembut pujuk kata quiz ini bukan susahpun-bukan paksa itu namanyakan? Kan bagus dia bagitahu awal-awal ada quiz, taklah saya rasa macam b*d*h piang sangat depan orang yg tak dikenali), tapi hari ini saya appreciate apa yang dia buat sebab quiz itu buat saya tahu ttg sejarah universiti ini. Daripada quiz ini saya tahu apa yang saya tulis di perenggan diatas, saya tahu di universiti ini ada 31 colleges yang menempatkan students, dan saya tahu universiti ini paling terkenal sebab kajian layer of poo/human waste yang dijumpai dibawah tanah dll. Saya pair up dengan Indian guy dalam umur 40-an yang duduk seorang dibelakang saya. Ada 8 soalan objektif merangkumi universiti apa yang tertua di dunia, siapa orang terkenal di Cambridge University ini, melukis gambar cathedral dll. That guy yang banyak jawab pun, saya punya pengetahuan am macam ini memang lemah dan perlu diperbaiki. Tapi, dia jawab macam confident betul, jawapan yang dibagi atlast salah jugak…hahhaha….kat sini saya belajar yang kalau mahu nampak macam pandai, perlulah confident walau tak tahu fakta itu betul ataupun salah. Samalah macam apa yang pernah saya rungutkan dulu….hahaha….Di akhir lawatan ini, ada 8 kumpulan dan kami jatuh no.4, so oklah. Pemenangnya dapat cake, nasibbaik tak menangkan, kalau tidak terpaksa makan cake itu pula.
Ok, bila sudah sampai disini, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan ada seorang local guide. Memang saya enjoy dengar folks stories daripada beliau, namun aktiviti yang lain saya tidak berapa nak enjoy sangat. Service ini sama macam service yang ada ddidalam big bus tour. Cumanya ada masa 1 jam sahaja diberi untuk dengar cerita local guide ni, jadi saya rasa macam tidak cukup.
Mula-mula local guide ini jumpa kami sebaik sahaja kami turun daripada bus di Drop off and pick up point di Queen’s Road. Daripada sini kami mulakan perjalanan menuju Market’s Place yangmana melalui banyak colleges, antaranya adalah King’s College, kolej yang tertua disini. Ada banyak sebenarnya yang nak dicerita, tapi gambar tidak boleh masuk sebab sudah lebih kuota.
Pak guard yang check id students, pelawat tak dibenarkan masuk melalui gate ni
Lepas lalu sini, kami dibawa pula ke Trinity College, kolej untuk Technology and Science. Ada seorang staf UTHM belajar disini, Koh, sangat baik dan dia ada offer untuk jadi tour guide pada hari itu, tapi saya sudahpun ikut group ini dan kena ikut masa yang dah ditetapkan. Kami tidak dibenarkan masuk, jadi tunggu sahaja depan gate sahaja. Apa yang menariknya digate ni adalah, nampak tak King Henry VIII of England, di tangan kanannya pegang benda panjang tu? Ok, itu sepatutnya adalah gulungan scripture bersalut emas, tapi pelajar disini suka pull some prank, like students at any other top universities, mereka pernah gantikan scripture itu dengan kaki kerusi. Dan nampak tak ada 3 plague di bawah kaki King itu, ada 3 dikiri dan 3 dikanan? Ada 6 kesemuanya, dan ia diletak disitu untuk resemble yang King itu ada 6 orang anak, termasuk seorang yang mati sebelum dilahirkan. Perasan tak ada satu plague yang kosong itu, haa…itu untuk sianak itulah.
Kalau tak silap, ini gate Trinity College (saya terlupa mahu ambil gambar signboardnya)
Lepas tour disini, kami menuju ke pusat Cambridge ini, yang terletak berdekatan dengan Market Street, ada tempat macam pasar tani/malam. Berdekatan dengan sini juga ditempatkan Senate House yakni tempat dimana keputusan peperiksaan diumumkan serta digantung utk tatapan umum, serta disinilah diadakan konvokesyen. Pada hari konvokesyen ni, pelajar yang akan bergraduasi akan dibawa oleh para pensyarah daripada kolej ke Senate House ini, dengan berpakaian academical dress lengkap macam gambar di bawah ni. Bila baca dalam wikipedia, academical dress ini ada macam-macam jenis. Kita sbergraduasi semasa konvokesyen akan pakai warna stripe atau warna jubah berbeza ikut kepada fakultikan, tapi di Cambridge University lebih detail sedikit lagi. Contohnya untuk pelajar PhD, jika first degree beliau adalah daripada Cambridge, maka akan lainlah rupa dan warna bajunya berbanding yang ada first degree daripada universiti lain.
Tourists tidak dibenarkan pijak rumput kerana hanya Professors sahaja diberi kelayakan untuk pijak rumput disini sewaktu waktu dahulu. Dulu mereka tidak dibenarkan berkahwin (sebab priest), tapi mereka diberi penghargaan dengan kelayakan untuk boleh pijak rumput. Rasanya sekarang tiada sudah semua itu (tapi saya tidak pasti), cuma mereka meneruskan tradisi ini sampai kini. Jadi, mereka tidak suka kalau ada orang luar pijak rumput sesuka hati. Dulu rasanya peraturan tidak boleh pijak rumput inipun diamalkan semasa saya bersekolah di Sek.Men.Datuk Mansur, tapi tidak tahulah pula apa justifikasinya. Samada pengurusan sekolah mahu jimatkan kos jika rumput rosak lepas pelajar pijak atau sebab lain. Tiba-tiba saya teringat pada Mr.King, cikgu bahasa inggeris merangkap cikgu kelas 2I. Saya macam boleh relate ajaran dia dengan apa yang ada disini.
Dekat-dekat sini juga ada satu batu penanda-Milestone Plague untuk university officials kira sejauhmana pelajar dibenarkan tinggal daripada universiti. Mereka tidak dibenarkan tinggal lebih daripada 5 miles dari batu penanda ini. Ada baca daripada satu web ini, yang setiap 1 mile akan ada penanda yang semacam ini, macam yang ada di tepi jalanraya kitalah juga – batu tunjuk berapa km contoh dari K.Pilah ke Bahau.
Berdekatan batu inipun ada satu mechanical clock yang diberikan nama Time Eater. Simboliknya monster atas itu adalah mahu kata time is golden lah lebih kurang. Bila tiba harijadi the Queen, monster diatas jam ini buat perangai pelik sedikit daripada hari-hari biasa, contoh macam goyang-goyang dia punya ekor atau kibas-kibas dia punya sayap. Hari-hari biasa dia cuma akan nganga dan tutup mulut setiap kali kaki dia tolak disk saat itu kedepan.
Time eater
Lepas kami kesini, kami ke The Eagle pula, bukan untuk minum. Astaghfirullah. Tapi untuk tengok perkara berkaitan sejarah di tempat ini. Boleh baca sejarahnya digambar-gambar dibawah.
Tempat dimana Francis Crick and James Watson bincang dan announce berkenaan idea dan teori berkaitan DNA
RAF bar
Lepas daripada tour ini, kami ke Corpus Christi College, dekat sahaja dengan pub ini and this college is the only one yang founded by townspeople, kolej yang lain2 ditubuhkan oleh raja-raja dan orang kenamaan. Guide ada beritahu yang sebelum ini orang ramai ingat semua pelajar di Cambridge University belajar didalam istana sebab semua bangunan terlihat bagaikan istanakan, tapi beliau kata memang tidak dan tunjukkan bahagian didalam kolej ini, keadaannya adalah seperti dibawah ini. Beliau juga kata yang tempat dan suasana belajar itu tidak penting, tapi yang penting adalah apa yang dipelajari dan diteliti disebalik dinding-dinding ini oleh para pelajar ni.
Real place for students to study-bukan belajar dalam majestic palaces sepertimana jangkaan orang ramai (ikut kata local guide)
Lepas tour ni, kami dibawa semula ke Market tadi dan ada 2 jam untuk melihat keadaan sekeliling, sebelum punting di the Backs river. Saya ingat mahu join aktiviti punting, tapi saya terleka sangat semasa tengok bangunan dan art galleries sampai tersesat sedikit semasa mencari tempat permulaan punting ini, jadi sudah terlepas waktunya untuk join aktiviti ini. Saya sudah tersilap tekan driving map pakai navigation dalam phone, jadi jalan yang saya ikut memang jauhlah daripada walking map. Dalam pukul 3pm, kamipun bergerak ke Ely.
Punting
Ada juga saya terserempak dengan orang melayu perempuan masa jalan2 kat sini, ada 2-3 group jugalah rasanya, tapi orang cina paling ramai yang saya terjumpa
Dalam 45 minit kemudian, kami sampai di Ely, kaki saya sudah sakit sebab banyak berjalan. Jadi, saya cuma masuk ke Muzium Stained Glass sahaja dan bayar £9. Dalam sejam setengah macam itu, kamipun balik ke London dan sampai pukul 8pm.
Stained glass…mcm cermin yg ada lukisan2 berwarna-warni
So, itu sahajalah yang boleh diceritakan melalui visit ini, yang baik diambil iktibar, yang buruk dijadikan sempadan. Kalau mahu tahu lagi cerita-cerita pasal Cambridge University ini, bolehlah google or read more stories on Cambridge.
2 Feb 2013
*Quality of writing will be improved soon