Lawatan SMTKL ke FPTP UTHM

Fakulti telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan pelbagai program telah dianjurkan sempena lawatan ini. Saya telah bertindak sebagai Penasihat Kelab Pelajar. Terima kasih pihak pengurusan FPTP, kelab pelajar TMB dan CMC serta SMTKL kerana telah memberikan kerjasama yang baik.

Kutipan data di Sungai Pahang

Ini adalah berkenaan kutipan data yang dilakukan untuk geran penyelidikan STG dan IGSP yangmana dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik kami. Hasil kutipan data ini adalah seorang pelajar Master by Research yang telah bergraduat, satu artikel dalam jurnal berindeks Scopus dan satu artikel prosiding yang juga berindeks Scopus.